Sunday 24 April 2011

bismillahirrahmanirrahim,,, pembuka bicara

blog,, untuk apa adanya blog sendiri?? hanya untuk bersuka ria?? untuk memberitahu kepada masyarakat tentang kehidupan seharian kita??
ak sendiri tidak pasti, tapi mengikut peredaran zaman, ak cuba menjinakkan diri dengan blogging,,
mungkin bermula di sini, hari ini,,, dapat mengubah cara hidupku,,
ada antara mereka yang terlalu obses dengan blog, semua kisah hidup, kisah peribadi masyarakat, rakan rakan dan semua yang di lalui dalam kehidupan di tulis di dalam blog,, pengganti kepada diari,, diari yang boleh di akses masyarakat,, ak xpasti apa yg mereka cari,, glamor?? simpati?? mereka tidak sedar ramai yang memerhati dan mengikuti kisah hidup??? atau mereka tidak peduli tentang semua itu,,,
semuanya terpulang kepada diri sendiri,, tepuk dada, tanya selera,,
ak akui ada baik nye apabila kisah hidup kita di kongsi, dapat memberi faedah dan pengalaman berguna kepada para pembaca,,
itu yang ak cuba papar kan di dalam blog ini,,, mungkin ini post ak yang pertama, jd masih terlalu awal utk ak ketengah kan misi dan visi blog ini di cipta,, penulisan mmg sgt berguna kepada masyarakat,, kerana dengan cara ini, mereka dapat membaca dan tahu sesuatu dengan mudah dan dapat menggunakan ilmu yg diperoleh dan menyebarkan kepada masyarakat,, secara tidak langsung penulis turut mendapat ganjaran hasil penulisan mereka(yg baik2 shj),, justeru disini, saya amat berharap jika pembaca dapat memberi komen dan idea2 yg yang baik supaya kita semua dapat berkongsi pendapat, idea dan lain2 antara satu sama lain,,
sy akan cuba utk lakukan dan berikan sesuatu yg terbaik dan berguna utk semua pembaca blog ini,,, sekian,,