Tuesday 10 May 2011

Oh exam!!!! dtg dan pergi

Yes!!!
Hari terakhir exam, sangat indah.
Saat yang di nantikan hampir tiba,, yabedabeduuu,
Apalah sangat exam ni, susah nak score
tapi kalau nak senang, tak perlu la score.
Just hentam keromoh, semester depan nanti ulang lagi,
apa susah,

Haha gurau aje,Time exam ni la penentu apa yang kita dah pelajari sepanjag hampir 5 bulan di universiti.
Saya bercakap tentang peperiksaan di universiti, kerana saya merupakan seorang mahasiswa,
letih, stress, tertekan, gila, semua terkeluar.
Jangan sampai bunuh diri sudahlah.

Tak tidur aku malam ni, mentelaah pelajaran.
Tapi tak semua yang aku pelajari dapat di muat naik ke dalam hard disk kepala aku ni,,
Tunggu dan lihat sahaja sebentar lagi, bagaimana gelabah aku jawab exam,
haha ni pun dah gelabah, kejap aku kejap saya,,
Chill bro, hidup perlu di teruskan,
Walau apa pun yang terjadi, semoga aku berjaya menjawab peperiksaan kali ini dengan mudah,,
amin

Monday 9 May 2011

selamat pagi dunia

Selamat pagi semua,

dunia, bingkas bangun,

mari menjalani hidup untuk sesuap nasi, mungkin lebih

dan hari ini ak tidak bangun awal, sebab ak tidak tidur

menonton bolasepak bersama rakan,

Dunia,

bingkas bangun,

tunaikan tanggungjawab yang ade, yang perlu di pikul di bahu

tanggungjawab duniawi, tanggungjawab kepada yang Maha Esa,

kepada rakan rakan, kepada seluruh hidupan di dunia,

Dunia,

jika hari ini diri mu di timpa musibah,

tenangkan hati mu, cekalkan jiwamu menempuh hari ini,

sekali kamu di timpa malang, maka berjaga jagalah,

malang lain mungkin menimpa jika kamu tidak berhati hati,

dan terlalu mengikut emosi sendiri.

Dunia,

bangunlah,

jam hampir menunjukkan pukul 6 pagi....