Thursday 30 June 2011

Ihktiar elak musibah, usah persalah takdir

Satu daripada asas keimanan ialah keyakinan bahawa setiap yang terjadi adalah dengan izin Allah SWT. Dalam hal ini, manusia boleh menolak kejadian tidak diingini dengan melakukan sesuatu sesuai menurut peraturan ditetapkan.

Kemudian, jika masih berlaku juga perkara buruk dan tidak diingini, seseorang wajib kembali kepada kepercayaan qada dan qadar Ilahi yang tidak boleh dipertikaikan.

Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu yang menggembirakan, ia disambut dengan penuh kegembiraan sehingga terkadang terlupa bersyukur kepada Allah SWT.

Sebaliknya, jika terjadi perkara buruk, ternyata sukar, segelintir manusia terutama yang lemah iman menerima takdir Allah SWT. Malah jika diperhalusi di sini letaknya ketinggian nilai seorang hamba disisi Allah SWT.

Apatah lagi jika gagah mengharungi ujian dan dugaan diterima, terlebih mulia lagi jika segala ujian diterima dengan reda demi mempertahankan kesucian akidah Islamiah.

Diriwayatkan sebilangan sahabat diseksa kerana mempertahankan agama mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW sambil bertanya mengapa Nabi tidak memohon pertolongan Allah SWT bagi membantu mereka yang teraniya.

Lalu Baginda Nabi SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya ada orang terdahulu dikorek lubang lalu mereka ditimbus didalamnya. Kemudian ada digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, ada pula disiat tubuhnya menggunakan sesikat besi sehingga mengoyakkan daging dan menampakkan tulang. Namun ia tidak meleburkan pegangan agama mereka. Demi Allah sesungguhnya urusan agama ini pasti disempurnakan sehingga orang bermusafir daripada San'aa ke Hadramaut tidak lagi takut kepada Allah dan bimbang ancaman serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu terlalu gopoh."(Hadis riwayat Bukhari)

Justeru, rintangan adalah asam garam kehidupan. Sebagai hamba Allah, kita wajib menerima ketentuan baik dan buruk dengan lapang dada. Selain itu kita wajib percaya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil terhadap hamba-Nya.

Manusia disuruh berikhtiar mengelak musibah dan kejadian buruk tidak diingini. Malah dalam sesetengah situasi, ketentuan Tuhan boleh dielakkan melalui senjata doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi

Kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa 16 penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor, patut dijadikan ikhtibar. Elakkan menyalahkan takdir atau menerima takdir tanpa berusaha.

Sehubungan itu juga, pembinaan kawasan penempatan yang berpotensi mengundang kejadian tanah runtuh hendaklah dielakkan. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akhir akhir ini kemungkinan berlaku tanah runtuh, banjir kilat dan lain lain musibah sukar dijangkakan.

Menjadi tanggungjawab semua berwaspada tanpa bersikap prejudis menuduh sesama sendiri setiap kali peristiwa buruk berlaku.

Kali terakhir negara menyaksikan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa ialah pada 6 Disember 2008. Kejadian di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, mengorbankan nyawa 5 penghuni rumah banglo dikawasan itu selain meranapkan 14 buah rumah banglo lain.

Persoalannya adakah peristiwa menyayat hati seperti ini sememangnya tidak dapat di elakkan sama sekali, atau ia berpunca daripada ketamakan dan kerakusan manusia menodai alam sekitar sehingga bumi seolah olah tidak selamat lagi diduduki.

Lebih daripada itu, umat Islam secara khususnya diseru mendekatkan diri kepada Ilahi sebagai sumber kekuatan jiwa dalam menangani sebarang ujian mendatang. Pelbagai ujian daripada kematian, kekurangan makanan dan harta benda akan mewarnai kehidupan hinggalah ke akhirnya.


Umat islam mesti jaga aurat sesama jantina

Mata kurniaan Allah untuk digunakan mengikut kesesuaian syarak. Mata membolehkan kita menikmati tetapi pandangan mata juga boleh merosakkan hati seperti dinyatakan sebahagian Salaf, pandangan mata adalah panah beracun yang menggoncangkan hati.

Allah menurunkan peringatan-Nya bermaksud: "Katakanlah kepada laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."( Surah an-Nur, ayat 30)

Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir tidak mengkhususkan 'menundukkan pandangan' hanya kepada wanita. Beliau mengambil pandangan sebahagian besar Ulama Salaf yang melarang memandang 'amrad' (lelaki cantik). Bahkan sebahagian mengharamkannya kerana menimbulkan fitnah.

Daripada Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda bermaksud:"Janganlah seorang lelaki melihat aurat sesama lelaki. Jangan pula seorang perempuan melihat aurat sesama perempuan. Seorang lelaki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut. Demikian pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan dengan perempuan lainnya dalam satu selimut."(Sahih Muslim)

Hukum asal dalam Islam, dibenarkan lelaki memandang sesama lelaki. Juga tiada larangan bersentuhan. Malah di nasihatkan bersalam salaman untuk mengikat hubungan silaturrahim sesama Muslim.

Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh lelaki mengucup mulut, tangan ataupun mana mana anggota mahupun memeluk lelaki.

Dalilnya, riwayat kerika Rasulullah SAW pernah ditanya:" Adakah boleh mengucup antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh memeluk antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya."

Namun Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa bersandarkan riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memeluk antara satu sama lain.

Persoalan berkenaan hukum lelaki memandang sesama lelaki, terutama yang dikategorikan lelaki 'cantik'(amrad), sebahagian ulama mengatakan amrad itu lelaki yang tidak mempunyai misai dan janggut (kerana lazimnya Muslim terdahulu itu memelihara janggut mereka).

Fuqaha' bersepakat mengatakan haram melihatnya dalam keadaan syahwat. Manakala melihat lelaki 'cantik' tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, fuqaha' berselisih pendapat.

Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumannya harus melihat kepada lelaki cantik jika pandangan itu tidak mendatangkan syahwat. Namun sebahagian golongan al-Hanabilah berkata makruh jika melihat secara berulang kali.

Pendapat yang rajih dalam kalangan Syafi'iyyah berkata, haram melihat secara mutlak sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.

Ini menunjukkan kehadiran lelaki 'cantik' di hadapan kita boleh membabitkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama. Jelasnya, apa sahaja yang mendatangkan syahwat jika melihatnya maka jatuh hukum haram walaupun sesama jantina.

Bagaimana pula dengan isu jika tidur bersama jantina yang sama jenisnya. Sebagai contoh, lelaki tidur bersama lelaki sekatil. Ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel dalam satu pakaian atau selimut mahupun sekati bersama. Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan.

Jika berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka diharuskan. Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Said al-Khudri itu.

Sebenarnya Islam bukan disyariatkan untuk menyusahkan. Namun sebagai satu peraturan hidup yang memelihara maruah sesama insan. Ketelitian ulama membincangkan isu ini adalah satu jalan menutup jalan kearah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud :" Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan." (Surah al-Isra'. ayat 36)

Kerana daripada mata, turun kehati, walau tanpa disedari. Dan mata itu satu deria kurniaan Allah yang amat indah jika tepat cara penggunaannya. Namun ia juga akan mengkhianati diri kita jika digunakan dengan penuh kekotoran dalam hati.

Firman Allah yang bermaksud:" Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati." (Surah al-Ghafir, ayat 19)

Pintu syahwat itu amat kuat dugaannya untuk setiap manusia. Namun, manusia yang bertakwa akan bijak mengawal hati sehingga mata akur dengan imannya. Jadikan hati yang khusyuk dan tawaduk perisai kelopak mata. Bukan mata yang tajam menjadi senjata untuk menikam kelemahan hati.

Kutub Utara dan pemanasan global

Beruang kutub lenyap, manusia dalam bahaya! Itulah mesej yang jelas apabila ais laut yang menjadi habitat haiwan itu semakin mencair akibat pemanasan global. Pengecilan saiz kawasan ais itu mengehadkan kawasan pemburuan masyarakat Eskimo selain turut mengancam habitat semulajadi beruang beruang kutub, anjing laut dan hidupan hidupan lain yang mendiami Kutub Utara

Beruang Kutub merupakan sejenis haiwan karnivor yang hanya mendiami kawasan artik. Spesis haiwan ini unik kerana mampu berenang sehingga 100 kilometer tanpa henti dan bergantung kepada ais laut sebagai pelantar untuk memburu anjing laut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, 2/3 daripada populasi beruang kutub atau kira kira 16 000 ekor haiwan karnivor itu mungkin lenyap enjelang 2050 akibat fenomena pemanasan global.

Kajian saintis terhadap ais di Kutub Utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais disana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi. Ramalan ini mengingatkan kita bahawa ais akan hilang pada tahun 2070-2080.

Bagaimanapun, kajian dan data data terbaru saintis termasuk imej satelit mendapati hayat ais laut di Kutub Utara dijangka lenyap dalam tempoh 20-30 tahun sahaja akibat fenomena pemanasan global yang tidak terkawal.

Ramalan terbaru saintis ini di buat selepas mengambil kira faktor pencairan ais laut semakin drastik kebelakangan ini. Jika ramalan itu tepat, maka pada 2070-2080, Kutub Utara sama sekali akan kehilangan ais. Manusia boleh ke Kutub Utara tanpa halangan ais seperti sekarang. Laluan maritim kesana berjalan lancar.

Waktu itu segala galanya lenyap sama sekali. Tiada lagi haiwan seperti beruang kutub atau anjing laut menunggu kedatangan kita. Kutub Utara menjadi lautan terbuka. Malah, Kutub Utara mungkin menjadi destinasi terbaru untuk dikunjungi pelancong. Tapi manusia mesti ingat! Jika beruang kutub hilang ia petanda malapetaka besar bakal melanda manusia.

Mahatma Gandhi pernah berpesan:"Kita bukan mewarisi alam ini daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita, maka adalah satu dosa jika kita terus mengabaikan tanggungjawab ini semata mata demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah, jika alam semakin bosan dengan sikap manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangnya menunjukkan kemarahannya pula!"

15 sebab lelaki sentiasa happy

Tak perlu mengandung
Boleh kencing merata rata
Kerjanya sama, tapi gaji lebih
Kedut dan boroi lambang kejantanan
Orang tak pandang dada bila bercakap dengan mereka
Berbual di telefon 30 saat saja
Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari
Dipuji sebab berjaya keluarkan 1 idea ciput
Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada 3 helai)
Boleh pakai baju yang berkedut
Apa yang ada dimuka semuanya ori
Stail rambut sama sahaja selama bertahun tahun
Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak....
Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!!!
Misai berserabut? No problem,,,

Nasihat Munshi Abdullah

Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu,, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa bangsa yang lain dalam dunia ini masing masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula, katanya, "Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat." Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.
*Petikan Hikayat Abdullah (1849), karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi @ Munsyi Abdullah

fakta hidup

Pendandan rambut terkenal Denmark, Anthony Silvestri boleh memotong rambut ketika berada di dalam air.


Ada kajian sains mengatakan, muzik rock yang bingit akan membuatkan anai anai mengunyah kayu 2 kali lebih pantas daripada biasa.

Henry Ford hanya mengeluarkan kereta model T dalam warna hitam sahaja kerana cat hitam adalah yang paling cepat kering. Lahir pada 30 Julai 1863 dan meninggal pada 1947, beliau merupakan pengasas Syarikat Ford Motor Co.


Suatu ketika dahulu lelaki Hindu percaya bahawa perkahwinan kali ke 3 akan membawa malang. Bagaimanapun, mereka boleh mengelak nasib malang itu dengan mengahwini sebatang pokok terlebih dahulu. Pokok itu kemudian dibakar, jadi lelaki berkenaan bebas untuk berkahwin sekali lagi.

fakta hidup

Augustus Caesar, atau nama sebenarnya, Gaius Octavius Thurinus, menghidapi achluophobia iaitu takut berada di tempat gelap. Maharaja Rom yang pertama itu meninggal dunia pada 19 Ogos 14 Masihi






Pada tahun 1993, karakter kartun animasi Mickey Mouse telah menerima 800 000 surat daripada peminatnya di seluruh dunia.

Satu perkara yang dilakukan oleh manusia lebih dari apapun dalam kehidupannya adalah tidur.


Seorang lelaki dewasa mempunyai diantara 7 000 hingga 15 000 helai janggut. Ia tumbuh dengan purata 140 sentimeter setahun.

Pada setiap tahun dianggarkan sejumlah 4.5 juta orang mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh pencemaran udara. Setiap tahun juga dianggarkan 4 juta kanak kanak mati kesan akibat daripada menyedut asap kayu api yang digunakan untuk memasak.

Lebih kurang 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat keracunan makanan berpunca daripada persekitaran yang kotor.

Jumlah kereta di atas muka bumi ini meningkat 3 kali lebih pantas berbanding kadar kelahiran manusia.


Dikatakan 'bayangan hantu' telah muncul dalam 4 pementasan drama Shakespeare, iaitu Julius Caesar, Richard III, Hamlet dan Macbeth.

Gorila tidur selama 14 jam sehari.

fakta hidup

Pada umur 16 tahun, ahli gusti Persekutuan Gusti Dunia (WWF), Andre The Giant mempunyai ketinggian 2.07 meter. Beliau yang nama sebenarnya Andre Rene Russimof dan berasal dari Perancis mangalami masalah gangguan kelenjar, membuatkan dirinya terus membesar, sampailah meninggal dunia pada 1993 dengan ketinggian 2.2 meter. Ketika itu Andre berumur 47 tahun.





Perniagaan pertama yang diceburi oleh Bill Gates ialah mencipta mesin pencatat kelajuan kenderaan. Nama syarikat beliau ialah Traff-O-Data, ditubuhkan pada 1975 bersama rakan kongsinya, Paul Allen.


Penulis terkenal Britain, Charles Dickens(1812-1870) merupakan seorang insomnia dan percaya peluang terbaiknya untuk tidur adalah dengan baring di tengah tengah katil da menghadap ke arah utara.


Seorang lagi penulis Inggeris, Malcolm Lowry (1909-1957) pula menghidap pnigophobia iaitu takut tercekik tulang ikan.

Wednesday 29 June 2011

Fakta hidup

Pada umur 16 tahun, ahli gusti Persekutuan Gusti Dunia (WWF), Andre The Giant mempunyai ketinggian 2.07 meter. Beliau yang nama sebenarnya Andre Rene Russimof dan berasal dari Perancis mangalami masalah gangguan kelenjar, membuatkan dirinya terus membesar, sampailah meninggal dunia pada 1993 dengan ketinggian 2.2 meter. Ketika itu Andre berumur 47 tahun.


Perniagaan pertama yang diceburi oleh Bill Gates ialah mencipta mesin pencatat kelajuan kenderaan. Nama syarikat beliau ialah Traff-O-Data, ditubuhkan pada 1975 bersama rakan kongsinya, Paul Allen.


Penulis terkenal Britain, Charles Dickens(1812-1870) merupakan seorang insomnia dan percaya peluang terbaiknya untuk tidur adalah dengan baring di tengah tengah katil da menghadap ke arah utara.

fakta hidup

Pada umur 16 tahun, ahli gusti Persekutuan Gusti Dunia (WWF), Andre The Giant mempunyai ketinggian 2.07 meter. Beliau yang nama sebenarnya Andre Rene Russimof dan berasal dari Perancis mangalami masalah gangguan kelenjar, membuatkan dirinya terus membesar, sampailah meninggal dunia pada 1993 dengan ketinggian 2.2 meter. Ketika itu Andre berumur 47 tahun.

Perniagaan pertama yang diceburi oleh Bill Gates ialah mencipta mesin pencatat kelajuan kenderaan. Nama syarikat beliau ialah Traff-O-Data, ditubuhkan pada 1975 bersama rakan kongsinya, Paul Allen.

Penulis terkenal Britain, Charles Dickens(1812-1870) merupakan seorang insomnia dan percaya peluang terbaiknya untuk tidur a

Harta Pusaka bagi orang yang hilang

Al -Mafqud meliputi permasalahan dalam perwarisan harta pusaka iaitu perihal orang hilang.Permasalahan ini memberi impak kepada proses pentadbiran harta pusaka secara umum dan telah dibincangkan dalam undang undang pusaka Islam secara terpeinci.

Masyarakat didedahkan mengenai kehilangan orang tersayang berikutan faktor kekeluargaan atau faktor umum lain. Ada kes hilang rentetan lari dari rumah, kes penceraian, poligami seterusnya meninggalkan isteri dan anak anak tanpa sebarang berita.

Ada juga kes melibatkan perjalanan jauh yang tidak dapat dipastikan mengenai keselamatan orang tersayang. Selamat atau menerima kecelakaan di tengah jalan. Sebagai contoh, bagi mereka yang keluar mencari rezeki terutama di laut dalam, luar negeri dan sebagainya. Boleh jadi mereka hilang dalam perjalanan atau menghadapi kesukaran untuk pulang ke tanah air.

Dalam undang undang pusaka Islam, orang yang hilang atau ghaib tanpa kita ketahui sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia di sebut sebagai Mafqud. Mafqud berasal dari perkataan Arab, bermaksud 'hilang'.

Dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji, karangan Dr. Mustaffa al-Khan, Dr Mustafa al-Bugha dan Ali al-Syarbaji, jilid kedua, cetakan keenam 1426H/2005, Percetakan Darul Qalam, Damsyek, Syria, muka surat 331, ada menyebut mengenai maksud orang yang hilang iaitu 'orang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak ada orang yang mengetahui mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Bagi rujukan kedua pula, melalui kitab Al-Fiqhul Islaamiy wa Adillatuhu, karangan Dr Wahbah al-Zuhailiy, juzuk yang kelima, cetakan kedua, tahun 1405H/1985, percetakan Darul Fikri, Damsyek, Syria, muka surat 784, al-Mafqud didefinisikan sebagai 'seseorang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama hingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Setelah kita ketahui siapakah yang tergolong dalam kategori al-Mafqud ini, perbincangan seterusnya adalah berkaitan hukum berkenaan al-Mafqud ini.

Para fuqaha telah menetapkan bahawa isteri orang mafqud ini tidak boleh dinikahi, hartanya tidak boleh di wariskan dan di apa apakan sehingga golongan ini di ketahui secara jelas, sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji juga ada membincangkan bahawa 'harta Al-Mafqud orang yang hilang, tidak boleh di bahagikan melainkan setelah disahkan kematiannya.'

Menurut kitab Al-fiqhul Manhaji,'harta al-mafqud, orang yang hilang, tidak boleh di bahagikan, melainkan setelah di sahkan kematiannya atau berlangsung tempoh sememangnya diketahui atau pada kebiasaannya orang yang hilang tidak akan hidup dalam tempoh yang berkenaan. Tempoh ini tidak di tentukan mengikut jarak masa tertentu tetapi mengikut ijtihad hakim yang memutuskan kematiannya.

Sebelum pengesahan hakim sedemikian, sebarang pengurusan ke atas hartanya adalah tidak sah dilakukan kerana asasnya dia di anggap hidup. Hartanya juga tidak boleh diwarisi melainkan ada asas yang meyakinkan.

Telah kita ketahui siapakan mafqud dan apa hukum berkaitan. Persoalannya adakah harta mereka ini tidak boleh ditadbir seterusnya dibahagi kepada yang hak? Dalam perwarisan harta pusaka, Islam amat menggalakkan bagi umatnya berwasiat. Ini membuktikan bahawa Islam menyeru perkara berkaitan pentadbiran harta pusaka bagi mengelak berlaku penganiyaan kepada waris yang ditinggalkan. Selaras galakkan ini, dalam isu berhubung kait dengan mafqud, undang undang Islam telah menetapkan bagaimana syarat memastikan kedudukan sebenar bagi al-Mafqud ini.

Dalam kitab Al-Fiqhul Islaamiy wa Adillatuhu, ada menyebut bahawa persoalan mengenai bilakah orang yang hilang dihukum meninggal dunia dan apakah kesannya? Jika berlalu masa yang lama dari tarikh lahir seseorang yang hilang, sekadar kadarnya tidak mungkin ada orang yang sebayanya boleh hidup lagi, secara yakin atau mengikut kebiasaan, maka orang yang hilang itu dikira sudah meninggal dunia.

Ulama dari 4 mazhab mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara ini. Mazhab Syafie menyatakan bahawa tempoh orang hilang adalah 90 tahun. Walau bagaimanapun, pendapat sahih menurut Imam Syafie ialah batas waktu itu tidak dapat di pastikan dan mencukupi dengan keputusan yang dibuat oleh hakim bahawa seseorang mafqud itu sebagai seorang yang telah meninggal dunia.

Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa orang yang hilang boleh diputuskan telah mati selepas membuat penelitian bahawa orang yang seusianya di kawasan tempat asalnya telah meninggal dunia.

Berbeza dengan mazhab Maliki berpendapat bahawa batas waktu bagi menentukan mafqud telah meninggal dunia adalah 70 tahun. Hal ini berlandaskan hadis Rasulullah SAW bahawa umur umat Nabi Muhammad ialah di antara 60 hingga 70 tahun.

Sementara itu, mazhab Hambali berpendapat bahawa batas waktu bagi memastikan orang mafqud ini telah meninggal dunia ialah selama 4 tahun sahaja.

Oleh yang demikian, kuasa bagi menentukan dan memutuskan bahawa mafqud itu masih hidup atau pun telah meniggal dunia adalah mahkamah dengan berpandukan kepada bukti, penyiasatan atau telah tamat tempoh menunggu seperti yang telah ditentukan oleh fuqaha.

Apabila mahkamah memutuskan bahawa seseorang mafqud itu telah meninggal dunia maka kematiannya dianggap berlaku pada masa dikeluarkan keputusan mahkamah tersebut. Justeru, ahli waris yang ada ketika keputusan mahkamah dikeluarkan adalah waris yang berhak mewarisi hartanya.

PETIKAN AL QURAN

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan ( suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"
Surah An-Nisa;ayat 58

Tuesday 28 June 2011

Biro kredit

Apabila anda memohon pinjaman daripada sesebuah institusi kewangan,institusi tersebut akan melaksanakan penilaian kredit ke atas anda. Ini mungkin merangkumi semakan latar belakang yang di lakukan daripada pelbagai sumber. Satu daripada sumber maklumat ini ialah Biro Kredit yang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit anda.

Biro Kredit di Malaysia telah di tubuhkan di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini di uruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi sejak 1982. Biro kredit mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam daripada institusi-institusi kewangan dan kemudiannya menawarkan maklumat kredit yang di kutip ini balik kepada institusi-institusi kewangan. Biro kredit adalah dilarang mengutip maklumat para pendeposit.

Maklumat yang terkangdung di Biro Kredit boleh membantu institusi-institusi kewangan untuk membuat keputusan pemberian pinajam berasaskan maklumat lengkap dalam masa yang lebih tepat dan cepat.

JENIS MAKLUMAT YANG BOLEH DI SIMPAN OLEH BIRO KREDIT TENTANG DIRI ANDA

Biro Kredit menyimpan maklumat yang bersifat fakta mengenai para peminjam yang sebahagian besarnya di perolehi daripada institusi kewangan sedia ada.

Seandainya anda menyimpan wang daripada institusi kewangan atau memegang kad kredit yang di keluarkan oleh institusi kewangan, maklumat mengenai diri anda dan pinjaman anda seperti berikut akan di simpan oleh Biro Kredit:
-Butir butir peribadi seperti nama, nombor dan alamat.
-Butir butir terpeinci tentang akaun kredit anda seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang undang (jika ada).

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT (CCRIS)

Maklumat kredit yang di kumpulkan oleh Biro Kredit semuanya di simpan dalam satu sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai CCRIS. CCRIS memproses dan menyusun semula maklumat kredit dalam bentuk laporan kredit yang tersedia untuk di bekalkan kepada anda atau institusi institusi kewangan lain jika di minta.

JENIS JENIS LAPORAN KREDIT

Ringkasan Laporan Kredit-
Maklumat mengenai jumlah pendedahan kredit seseorang peminjam.

Laporan Kredit Terpeinci-
Maklumat mengenai kedudukan belum jelas sesuatu kemudahan kredit dan permohonan kredit baru seseorang peminjam

Laporan Kenderaan Bermotor-
Maklumat kenderaan bermotor yang di gunakan sebagai cagaran untuk kemudahan kredit

Laporan Maklumat Tambahan Pelanggan-
Maklumat mengenai alamat,nombor telefon, nama majikan dan pekerjaan seseorang pelanggan untuk tempoh 3 tahun lepas.

Maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit secara keseluruhan bersifat fakta dan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada institusi institusi kewangan.

Biro kredit tidak akan memberi pendapat tentang maklumat yang tekandung di dalam laporan kredit.

PERIHAL KERAHSIAAN MAKLUMAT

Biro Kredit memandang serius aspek kerahsiaan maklumat peminjam. Untuk menjamin kerahsiaan ini, undang undang telah menetapkan siapa yang boleh mengakses maklumat sedemikian yang memperuntukkan hukuman yang berat sekiranya berlaku pelanggaran.

Biro kredit hanya boleh membekalkan laporan kredit anda kepada institusi kewangan di mana permohonan pinjaman anda kepada institusi dibuat atau di mana anda sudah mendapat pinjaman. Maklumat ini hanya boleh digunakan bagi tujuan penilaian permohonan kredit atau menyemak semula status kredit anda. Maklumat kredit yang diperuntukkan oleh Biro Kredit kepada institusi kewangan adalah di kelaskan sebagai sulit dan dengan itu, institusi kewangan adalah dikehendaki mematuhi peruntukan kerahsiaan perbankan di bawah Akta Bank dan institusi kewangan 1989 dan Akta Perbankan Islam 1983. Undang undang ini melarang institusi kewangan daripada mendedahkan hal ehwal kewangan pelanggan mereka kecuali dalam keadaan yang di benarkan oleh undang undang, seperti sepanjang prosiding mahkamah di antara pelanggan dan institusi kewangan ataupun apabila pendedahan telah dibenarkan di bawah undang undang Persekutuan kepada  pihak polis.

MENDAPATKAN LAPORAN KREDIT

Undang undang memang membenarkan Biro Kredit membekalkan laporan kredit tentang diri anda kepada anda. Sekiranya anda memerlukan sesalinan laporan kredit tentang diri anda, sila ikuti langkah langkah di bawah-

1-Dapatkan Borang Permohonan Laporan Kredit(CRR):
            Borang ini boleh dipindah cetak daripada lamanweb Biro Kredit di alamat creditbureau.bnm.gov.my atau di ambil terus dari Biro Kredit dengan datang sendiri atau secara pos

2-Serahkan borang CRR yang telah siap diisi kepada Biro Kredit:
           Borang ini boleh dihantar melalui pos, faksimili ataupun serahan tangan.
           Borang ini mesti dihantar bersama sama dengan 1 salinan kad pengenalan anda atau passport( sekiranya anda bukan rakyat Malaysia) dan 2 dokumen lain seperti lesen memandu, bil utiliti dan sebagainya untuk tujuan pengenalan diri.

Apabila borang CRR anda telah diterima, Biro Kredit akan mendapatkan laporan kredit tersebut daripada CCRIS dan menyerahkan kepada anda sama ada melalui cawangan Bank Negara Malaysia ataupun cawangan institusi kewangan. Proses ini biasanya mengambil masa 1 bulan daripada tarikh permohonan anda untuk mendapatkan sesalinan laporan kredit anda. Anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil laporan kredit anda. Anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil laporan kredit anda di pejabat Biro Kredit.

MENGESAHKAN MAKLUMAT PADA LAPORAN KREDIT

Sekiranya anda telah memperolehi sesalinan laporan kredit sendiri dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat di dalam laporan kredit itu adalah kurang tepat, anda boleh mendapatkan penjelasan daripada Biro Kredit dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Data(RDR).

Biro Kredit akan menyiasat dan memaklumkan institusi kewangan yang telah memberi maklumat yang dipertikaikan itu bersama sama dengan maklumat yang telah dikemukakan oleh anda. Sekiranya institusi kewangan mendapati maklumat yang dipertikaikan tersebut adalah tidak lengkap, ia hendaklah membuat pembetulan dengan serta merta dengan Biro Kredit. Proses penyiasatan dan pembetulan ini akan mengambil masa kira kira sebulan. Jika perlu, Biro Kredit akan memaklumkan institusi kewangan yang pernah mengakses laporan kewangan anda dalam tempoh 3 bulan terdahulu mengenai perubahan yang nyata atau di anggap penting di dalam laporan laporan kredit anda. Hasil siasatan tersebut akan juga dimaklumkan kepada anda

haiwan

Katak dan berudu boleh makan menggunakan mata, selain daripada mulutnya. Caranya, untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.

Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya semula.

Landak akan terapung jika di campak di dalam air.

Semua angsa di England adalah harta permaisuri

Buaya tidak boleh jalan mengundur

Iguana boleh berada di dalam air selama 28 minit

Tenggiling lebih suka makan anai-anai daripada semut.

Lebah betina boleh menjadi permaisuri jika ia boleh menghasilkan madu.

Semasa di lahirkan, anak beruang panda lebih kecil berbanding seekor tikus,beratnya cuma 113 gram sahaja

Penakluk dunia

Genghis Khan, sebelum menjadi penakluk teragung dunia, asalnya cuma seorang pengembala kambing.


Napoleon Bonaparte mempunyai orang gaji khas yang tugasnya setiap hari ialah memastikan tiada kucing di dalam kasut maharaja Perancis itu, sebelum beliau memakainya. Napoleon sebenarnya takut kepada kucing.



Gerard Hommel sudah 6 kali mendaki gunung everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahayanya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh daripada tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retakakibat terhantuk pada sinki.

atmosfera bumi

Pada sepanjang masa, terdapat 18 000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt!

1 batu (1.6kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit sebenarnya di hasilkan oleh kurang daripada segelen air.

Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.

Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang di alami di setiap permukaan.

Di sebabkan oleh faktor putaran bumi,sesuatu objek akan bergerak jauh jika di baling ke arah sebelah barat.

Tuesday 21 June 2011

kesihatan GIGI

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

gigi merupakan salah satu aset pemberian Ilahi yang sangat penting kepada setiap insan,
tanpa gigi, apelah rupa kita kan, so di sini saya ingin berkongsi serba sedikit apa itu gigi, fungsi serta cara penjagaannya secara ringkas, almaklumlah saya pernah bercita cita menjadi doktor gigi suatu ketika dulu, tapi apakan daya, tiada rezeki,, cita2 terbantut di tengah jalan,,

Fungsi utama gigi adalah untuk MENGUNYAH makanan dengan SEMPURNA, kalau tak sempurna akan menyukarkan penghadaman malahan boleh membawa kepada penyakit, sebab itulah ade hadis menyatakan supaya kita mungunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan tersebut untuk di cerna organ dalaman kita,,


Selain daripada itu, gigi juga berfungsi untuk membuat setiap pertuturan kita lebih JELAS, cuba dengar orang yang tiada gigi ketika bercakap, kurang jelas kan??? Jadi saya saran kan kepada anda semua agar menjaga gigi anda supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain,, hihihihi gurau je,,, tapi memang sangat pentinglah fungsi gigi kita untuk kegunaan harian sampai ke tua,,

Gigi juga membuat kan anda tampil lebih BERSERI dengan senyuman yang menawan secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri anda untuk berinteraksi ataupun mengurat cewek cewek molek di luar sana,,, bagi lelaki la,, hahaha hopefully korang jaga lah gigi korang elok2 supaya hidup korang aman dan tenteram.

Sedar atau tidak,pembinaan gigi bermula dari awal kehamilan (ini fakta),ketika korang dalam perut berusia 6 minggu, gigi mula menampakkan taringnya(boleh ke??),, thats mean pembinaan gigi bermula,, bley korang bayangkan x?? apa rupa korang masa tu,, google sendiri lah,,

Ibu yang mengandung perlulah mengamalkan diet makanan seimbang kerana ianya penting bagi kesihatan ibu itu sendiri dan pertumbuhan sempurna untuk gigi dan tulang,, jadi para suami kena lah belikan makanan seimbang ye,, selalu2 lah bawa penimbang ke mana jua anda pergi,, senang nak cek makanan tu seimbang ke x,,, hahaha joking2 jangan ambil hati,,,

1 lagi nasihat daripada pakar, pengambilan antibiotik seperti tetracycline dalam JANGKA MASA WAKTU YANG PANJANG boleh menjejaskan warna gigi anda,, tapi jika sekali sekala tak memberi kesan lah,,, jgn sampai doktor suruh makan antibiotik time korang demam korang tak nak plak,, alasannya sebab artikel aku nie,,

MASALAH gigi yang sering berlaku antaranya ialah
1) Karies (Kerosakan gigi)
2)Penyakit Periodontal (Gusi)- punca utama penyakit ini ialah plak. Plak merupakan lapisan yang  sentiasa terjadi di permukaan gigi. Ianya mengandungi bakteria,air liur , protein dan gula
3)Gigi yang tidak teratur

Para ibu perlulah memberi perhatian kepada anak anak supaya mereka menjaga gigi sebaik mungkin.Para ibu harus sentiasa memastikan mulut bayi mereka sentiasa bersih( bayi mana la reti bersihkan mulut sendri kan). Selain itu, ibu bapa juga perlu membantu anak kecil mereka memberus gigi dengan cara yang betul dan berkesan, takut nanti berdarah plak mulut anak2,,

Selain daripada itu, semua orang haruslah mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian, jgn pandai cakap dengan budak2 je,, xbaik mkn gula bnyk2, nt gigi rosak,, kita sebagai orang dewasa juga perlu praktikkan dalam kehidupan.

Dan yang paling penting dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala dan tetap, bagi pelajar sekolah pula, tyme2 jabatan kesihatan negeri datang nak periksa gigi, janganlah korang lari plak, untuk kebaikan diri sendiri juga. Bagi yang dah tak bersekolah, pandai2 lah bawa diri ke klinik gigi,, tak kiralah swasta mahupun kerajaan,, sama je perkhidmatannya,, korang kena tunggu lama jugak,,
hahaha..

Sekurang kurang nya dapatkan pemeriksaan gigi setahun sekali, lagi kerap lagi bagus,,,

Jadi dengan nasihat dan pendapat yang saya kongsikan di sini, saya harap anda semua dapatlah menjalani kahidupan dengan senyuman yang menawan,,,

Assalamualaikum....