Tuesday 26 July 2011

Sambutan merdeka,, disebalik kejayaan sambutan...

“Kita telah sama-sama terlibat den menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanahair dan kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa member pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, progresif dan adil, dapat terus dipelihara dan dikekalkan...”-Tun Hussein Onn

Sambutan kemerdekaan setiap tahun di negara kita sentiasa diadakan dalam keadaan meriah dan harmoni, bersesuaian dangan tema perayaan dan situasi negara ketika itu. Namun, perencana di sebalik setiap sambutan kemerdekaan itu jarang ditonjolkan, malah mereka lebih selesa berada di sebalik tabir bagi memastikan sambutan kemerdekaan negara berjalan dengan lancer dan berjaya. Penghargaan sebenar perlu diberikan bagi memastikan khalayak mengetahui arkitek yang mencutahkan kreativiti dan kebijaksanaan merencana sambutan kemerdekaan setiap tahun, agar pengorbanan yang diberikan dijadikan inspirasi bagi generasi sekarang.
Titipan nama dan anugerah sanjungan khas kepada setiap perencana sambutan kemerdekaan negara bermula dengan Pengukir Sejarah khas kepada Tunku Abdul Rahman Putra, Pengorak Langkah kepada Tun Abdul Razak Hussain, Penyuntik Semangat kepada Tan Sri Dato’ Seri Hamzah Datuk Abu Samah, Pencetus Idea kepada Tun Dato’ Seri Dr Muhammad Ghazali Shafie, Pemangkin Aspirasi kepada Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid, Penjana Wawasan kepada Tan Sri Dato’ Seri Sabbaruddin Chik, Penyambung Wawasan kepada Dato’ Seri Diraja Haji Mohamad Tajol Rosli Tan Sri Mohamad Ghazali, Peneraju Di Alaf Baru kepada Tan Sri Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir, Pendokong Warisan sinonim kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hinggalah kepada Pewaris Tradisi kepada Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal dapat menggambarkan analogy idea dan cetusan idea yang diberikan daripada setiap perencana sepanjang memimpin sambutan kemerdekaan negara.
Mulai dari konsep sambutan, penubuhan jawatankuasa, cabaran dihadapi hinggalah kemuncak kemeriahan sambutan, semuanya dipaparkan sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah memacu dan merealisasikan erti kemerdekaan negara dalam bentuk kemeriahan sambutan kemerdekaan setiap tahun.

Sambutan merdeka,, disebalik kejayaan sambutan...

“Kita telah sama-sama terlibat den menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanahair dan kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa member pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, progresif dan adil, dapat terus dipelihara dan dikekalkan...”-Tun Hussein Onn

Sambutan kemerdekaan setiap tahun di negara kita sentiasa diadakan dalam keadaan meriah dan harmoni, bersesuaian dangan tema perayaan dan situasi negara ketika itu. Namun, perencana di sebalik setiap sambutan kemerdekaan itu jarang ditonjolkan, malah mereka lebih selesa berada di sebalik tabir bagi memastikan sambutan kemerdekaan negara berjalan dengan lancer dan berjaya. Penghargaan sebenar perlu diberikan bagi memastikan khalayak mengetahui arkitek yang mencutahkan kreativiti dan kebijaksanaan merencana sambutan kemerdekaan setiap tahun, agar pengorbanan yang diberikan dijadikan inspirasi bagi generasi sekarang.
Titipan nama dan anugerah sanjungan khas kepada setiap perencana sambutan kemerdekaan negara bermula dengan Pengukir Sejarah khas kepada Tunku Abdul Rahman Putra, Pengorak Langkah kepada Tun Abdul Razak Hussain, Penyuntik Semangat kepada Tan Sri Dato’ Seri Hamzah Datuk Abu Samah, Pencetus Idea kepada Tun Dato’ Seri Dr Muhammad Ghazali Shafie, Pemangkin Aspirasi kepada Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid, Penjana Wawasan kepada Tan Sri Dato’ Seri Sabbaruddin Chik, Penyambung Wawasan kepada Dato’ Seri Diraja Haji Mohamad Tajol Rosli Tan Sri Mohamad Ghazali, Peneraju Di Alaf Baru kepada Tan Sri Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir, Pendokong Warisan sinonim kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hinggalah kepada Pewaris Tradisi kepada Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal dapat menggambarkan analogy idea dan cetusan idea yang diberikan daripada setiap perencana sepanjang memimpin sambutan kemerdekaan negara.
Mulai dari konsep sambutan, penubuhan jawatankuasa, cabaran dihadapi hinggalah kemuncak kemeriahan sambutan, semuanya dipaparkan sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah memacu dan merealisasikan erti kemerdekaan negara dalam bentuk kemeriahan sambutan kemerdekaan setiap tahun.

Jubli emas,, 50 tahun merdeka...

Kini setelah setengah abad berlalu, memasuki alam kedewasaan dan menyambut Jubli Emas, Malaysia terus membangun dan bergerak maju ke hadapan tanpa mengabaikan nilai nilai sejarah yang menjadi asas pembangunannya. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak dapat dinafikan lagi kemajuan yang dicapai hari ini menjadi ikutan dan teladan kepada negara negara membangun yang lain di dunia. Malaysia menjadi contoh sebuah negara Islam maju yang mempunyai penduduk pelbagai agama dan keturunan, maju dari segi ekonomi dan pesat pembangunannya di bandar mahupun di luar bandar.
Menjelang tahun 2008 Malaysia terus bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ini jelas tergambar pada sambutan kemerdekaan negara yang diisi dengan persembahan yang menggambarkan perpaduan rakyat. Agenda perpaduan menjadi perkara yang diberikan penekanan oleh kerajaan. Perpaduan adalah kunci kemerdekaan negara. Sejak awal pembentukan negara ini, sambutan kemerdekaan setiap tahun menonjolkan keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Permuafakatan dan kebijaksanaan pemimpin pemimpin terdahulu mencipta formula perpaduan yang berjaya diwujudkan dan akhirnya menyumbang terhadap kemanisan kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini.
Berasaskan kepentingan perpaduan itu, pada tahun 2008, tema Perpaduan Teras Kejayaan telah dipilih bagi sambutan  kemerdekaan bertujuan untuk menyegarkan kembali semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Kesungguhan kerajaan bagi merealisasikan agenda perpaduan ini dapat dilihat melalui persembahan formasi dan perbarisan yang ditampilkan pada sambutan hari kebangsaan di Dataran Merdeka. Usaha ditumpukan kepada usaha mengajak rakyat tidak kira latar belakang khususnya generasi muda menghayati erti perpaduan.
Sambutan kemerdekaan pada tahun 2009 disambut sekali lagi pada bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam iaitu Ramadhan al-Mubarak.
...Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan...
... Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara...
-Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Sambutan kemerdekaan Jubli Perak

Memasuki era kedua dari tahun 1968 sehingga 1982. Negara diuji dengan beberapa peristiwa yang agak mengejutkan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Namun begitu perayaan kemerdekaan tetap disambut meriah mengikut keadaan semasa negara ketika itu. Pengalaman ini juga banyak mengajar rakyat dan pemimpin kita dalam menangani isu isu penting dalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai latar keturunan, agama, budaya, ekonomi dan social. Jika dalam fasa 10 tahun pertama, tumpuan adalah kepada pembentukan satu negara bangsa yang harmoni tanpa mengabaikan pembangunan dan kemajuan fizikal negara, maka dalam fasa kedua ini keutamaan telah diberikan terhadap menggerakkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Acara acara sambutan kemerdekaan yang dirancang juga banyak menyentuh tentang perpaduan dan hubungan antara kaum. Memulakan era selepas dekad pertama iaitu pada tahun 1969, negara telah dicemari dengan peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia iaitu tragedi 13 Mei 1969. Parlimen telah digantung dan pentadbiran negara diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN. Sambutan kemerdekaan pada tahun tersebut diadakan dengan penuh berhati hati dengan harapan sambutan hari merdeka dapat menjadi penghubung antara semua kaum. Acara acara tetap berjalan lancar walaupun suasana agak suram. Para pemimpin berusaha keras memulihkan hubungan yang telah retak itu. Acara acara disiar sebagai program hari merdeka di televisyen dan radio.

Kejayaan diperingkat antarabangsa juga mula dirasai apabila Malaysia menjadi salah sebuah negara penaja penubuhan Association of Southeast Asia(ASA) pada tahun 1961 dan MAPHILINDO pada tahun 1963. Namun akibat daripada kurang sambutan dan konfrantasi yang berlaku dalam negara, kedua dua pertubuhan ini gagal dan akhirnya pada 8 Ogos 1967, Association of South East Nations atau ASEAN telah ditubuhkan. Malaysia juga turut menyumbang kepada Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) dengan menghantar Pasukan Khas Tentera Persekutuan Tanah Melayu pada 4 Oktober 1969. Pasukan seramai 613 anggota diketuai oleh Lt. Kolonel Ungku Nasaruddin bin Ungku Muhamad telah berangkat ke Congo bagi menyertai pasukan badan dunia itu. Walaupun negara ketika itu baru saja mencapai kemerdekaan tetapi sumbangan terhadap masyarakat antarabangsa tetap diberi keutamaan.
Tahun berikutnya 1970, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, mengambil keputusan untuk bersara daripada jawatan tersebut iaitu dua hari sebelum perayaan hari kemerdekaan negara. Rakyat menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Dalam ucapannya, Tunku Abdul Rahman Putra turut mengumumkan bahawa sambutan hari kemerdekaan akan dikenali sebagai ‘Hari Kebangsaan’. Rukun Negara juga diperkenalkan pada tahun tersebut dan pertama kali dilafazkan pada sambutan Hari Kebangsaan tahun 1970.

Pada 21 September 1970, Tun Abdul Razak telah mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Di bawah kepimpinan baru, Tun Abdul Razak mula memberikan tumpuan kepada pembangunan negara dan masyarakat terutama di luar bandar. Pada perutusan kemerdekaan yang pertama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menyeru kepada setiap rakyat;
“Marilah kita berusaha sa-daya upaya memupok semula segala bakat yang terdapat di negara kita ini, dalam apa jua lapangan- sama ada bidang politik atau ekonomi, bidang kebudayaan atau olahraga- supaya dapat mara bersama2 menchapai hasrat dan chita2 yang lebeh tinggi”.-Tun Abdul Razak Hussai-31 Ogos 1971

Rancangan rancangan pembangunan menjadi agenda utama agar negara dapat terus mencapai taraf ekonomi dan social yang baik.Hasrat ini diterjemahkan dalam setiap sambutan hari kebangsaan sepanjang tempoh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri,(1970-1976). Beliau telah memulakan Dasar Ekonomi Baru, memperkenalkan Rancangan Buku Hijau, membawa idea idea baru dalam menggerakkan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, serta mengadakan kempen dan penerangan kepada rakyat tentang program pembangunan negara agar rakyat daripada setiap lapisan masyarakat dapat turut serta dalam rancangan kerajaan.
Beberapa badan kerajaan ditubuhkan sepanjang tempoh Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Bank Bumiputera, Petroleum Nasional(Petronas), Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA) dan beberapa badan lagi. Pada setiap sambutan Hari Kebangsaan agensi agensi kerajaan ini akan turut mengambil bahagian dan ianya bertujuan untuk menyedar dan memaklumkan kepada rakyat tentang kewujudan serta peranan mereka dalam membantu masyarakat di seluruh negara. Dalam bidang pendidikan pula Dasar Pelajar Kebangsaan dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan.

Tema perpaduan menjadi agenda utama kerajaan dalam kebanyakkan sambutan hari kebangsaan sepanjang tahun 1970-an. Rukun Negara terus menjadi teras dan sentiasa diungkapkan dalam setiap sambutan kemerdekaan. Selain memberikan penekanan terhadap acara acara yang berkaitan dengan perpaduan dan pembangunan, acara acara kebudayaan dijadikan sebagai acara yang dapat mengeratkan hubungan  antara kaum. Sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-20, Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn menyeru agar disuburkan persefahaman perpaduan di sanubari generasi muda.
“Dengan mengetahui dan benar-benar memahami sejarah perjuangan kemerdekaan serta semangat toleransi, tolak-ansur dan muhibbah yang sentiasa diamalkan oleh gulungan yang terdahulu dari mereka barulah dapat kita membangkitkan kesedaran dikalangan jenerasi muda ini supaya mereka menjunjung tinggi kemajuan dan kejayaan yang telah diperolehi”.-Dato’ Hussein Onn-31 Ogos 1977
Dalam tempoh 25 tahun negara mencapai kemerdekaan, kita telah 3 kali melalui sambutan hari kebangsaan dalam bulan Ramadhan. Pada tahun 1976, 1977 dan 1978 perayaan Hari Kebangsaan telah disambut dalam suasana agak istimewa kerana pada ketika itu sambutannya jatuh dalam bulan Ramadhan, namun kemeriahan tetap dirasakan, perarakan dan beberapa acara penting tetap dijalankan dengan berpatutan bagi menghormati bulan mulia ini serta keprihatinan terhadap peserta peserta yang mengambil bahagian dalam acara sambutan. Kebanyakkan acara sambutan lebih ditumpukan pada waktu siang sahaja dan malamnya diisi dengan acara acara yang bercorak keagamaan bersesuaian dengan bulan puasa.
Era 1980-an, memperlihatkan Malaysia sudah mula berganjak kepada corak ekonomi dan penglibatan di peringkat antarabangsa yang lebih aktif. Negara juga mengalami perubahan pucuk pimpinan apabila tampuk pemerintahan beralih daripada Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn kepada Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad pada 16 Julai 1981. Beberapa perubahan dasar dan pemerintahan telah dilakukan bagi menyesuaikan Malaysia dengan keadaan dunia. Ini dapat dilihat daripada perubahan tema dan logo yang digunakan dalam setiap tahun serta penglibatan peserta peserta dari sector swasta dan awam. Tema dan logo yang dibawa lebih mencerminkan pembentukan jati diri bangsa Malaysia dalam sebuah negara yang memandang masa depan dengan penuh yakin dan berwawasan.
Pada tahun 1982, usia kemerdekaan negara telah mencecah suku abad. Dalam tempoh 25 tahun ini Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara yang makmur dan bersatu padu. Sungguhpun begitu,dalam jangka masa tersebut pelbagai rintangan terpaksa dilalui untuk membolehkan negara sampai ke tahap yang dibanggakan.
“Kemerdekaan adalah satu nikmat istimewa dan setiap rakyat bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan kemerdekaan dengan cara melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kecekapan serta mengekalkan ketahanan negara”.-Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad-31 Ogos 1982
Permulaan era 1980-an juga memperlihatkan bagaimana sambutan Hari Kebangsaan peringkat nasional mula mengambil tempat di beberapa negeri dalam Malaysia, bertujuan untuk member peluang kepada warga Malaysia di luar ibu kota merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan.
Pada era ini, kerajaan telah memberikan perhatian yang semakin serius kepada perubahan ekonomi negara dari sector pertanian kepada sektor perindustrian seiring dengan pembangunan sektor sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan yang member kesan besar kepada kesejahteraan rakyat negara in. Apalah ertinya merdeka tanpa pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat. Bagi memberikan pencetus kepada pembangunan negara, kerajaan telah menggalakkan pelaburan asing ke dalam negara. Syarikat syarikat gergasi luar negara dan para pelabur asing memandang Malaysia sebagai lokasi strategik bagi mereka mengembangkan operasi di rantau Asia Tenggara.

Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad mempunyai visi yang jelas terhadap matlamat negara terutama dalam bidang berteraskan teknologi dan perindustrian. Justeru, beliau telah memperkenalkan langkah langkah dan dasar dasar yang menyumbang ke arah itu, antaranya Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan. Melalui dasar dasar ini, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka mula meneroka lembaran baru dengan mencontohi gergasi ekonomi Asia ketika itu, iaitu negara Jepun dari sudut disiplin dan teknologi yang dibangunkan, agar dapat diaplikasikan dalam pembangunan negara ini. Syarikat syarikat Jepun seperti Matsushita, Mitsubishi, Sanyo, dan sebagainya merupakan di antara syarikat syarikat yang telah bertapak di negara ini pada ketika itu. Hasil daripada kerjasama strategik dengan syarikat Mitsubishi, buat pertama kali negara ini mula mengeluarkan kereta nasional ‘Proton Saga’ yang turut diarak dengan bangganya pada sambutan Hari kebangsaan ke-28 di Padang Pahlawan, Melaka pada tahun 1985.

Memasuki ke era tahun 1990-an, Malaysia makin matang dan terus menongkah arus mendaki puncak kejayaan. Di era inilah dapat dilihat bagaimana cita cita negara dibentuk kea rah satu matlamat jangka masa panjang berdasarkan satu wawasan dikenali sebagai Wawasan 2020. Wawasan ini direncanakan oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai satu gagasan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pada ketika ini ekonomi Malaysia cukup berdaya saing dan menjadi antara peneraju ekonomi di Asia Timur.
“Empat puluh tahun dahulu kita tidak menduga yang kita berkemampuan untuk maju dan menempuh kejayaan seperti sekarang. Apakah kita menduga yang kita boleh mengeluarkan kenderaan bermotor sendiri, memiliki satelit kita sendiri, mendiri bangunan berkembar tertinggi di dunia? Apakah kita menjangka seorang anak watan kita menyandang jawatan Presiden Agung Bangsa Bangsa Bersatu, rakyat Malaysia mendaki puncak Gunung Everest dan kita menjadi tuan rumah kepada sukan komanwel tahun hadapan? Tentulah tidak. Tetapi pada hari ini kita telah membuktikan bahawa kita juga mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam berbagai-bagai bidang kalau kita betul-betul berusaha. Jelaslah dengan dasar-dasar yang baik, dengan rakyat yang sentiasa berusaha gigih dan kerjasama antara semua pihak diperingkat iaitu pekerja, Kerajaan dan swasta kita dapat mengisikan kemerdekaan secara bermakna”.-Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad-30 Ogos 1997

Di saat negara meraikan kemerdekaannya yang ke-40 pada tahun 1997, krisis ekonomi yang serius mula melanda rantau Asia. Banyak negara Asia yang tergugat oleh permasalahan ini sehingga membawa kepada perbalahan politik yang akhirnya menggugat keamanan rakyat secara keseluruhannya. Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias kegawatan ekonomi ini yang dikatakan berpunca daripada urusniaga matawang yang dimanipulasikan. Namun begitu, di atas kebijaksanaan pemimpin negara, masalah ini dapat diatasi dengan tenang mengikut acuan sendiri dan akhirnya Malaysia telah Berjaya secara beransur ansur keluar daripada kemelut ekonomi tanpa mengorbankan nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi sejak sekian lama. Mungkin inilah erti umur 40 tahun negara ini yang menampakkan kematangan kepimpinan bagi berhadapan dengan suatu dugaan yang mencabar.
Di areana antarabangsa, negara mula melangkah lebih jauh dalam berbagai bidang termasuklah sukan, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Litar Formula 1(F1) mula menjadi sebutan masyarakat antarabangsa apabila menganjurkan perlumbaan pertama pada 15 hingga 17 Oktober 1997. Pada sambutan Hari Kebangsaan ke-42 kejayaan ini telah diraikan semasa perarakan hari kebangsaan tahun berkenaan. Begitu juga wira wira negara yang telah mengharumkan nama negara turut diraikan dalam hari kebangsaan pada tahun tersebut.
Pengakhiran era 1990-an menandakan berakhirnya abad ke-20 dan permulaan satu abad baru yang pasti membawa kepada cabaran dan dugaan yang berbeza kepada negara. Kemerdekaan yang dibawa merentasi alaf baru begitu mahal harganya bagi negara ini. Justeru generasi pewaris masa hadapan harus diberi kesedaran mengenai nilai kemerdekaan yang diwariskan kepada mereka. Sambutan Seabad Malaysia ke Alaf Baru pada tahun 1999 menggambarkan betapa kerajaan begitu peka terhadap permulaan alaf baru dan pengisian yang perlu dibuat di  alaf ini bagi memperkukuhkan lagi kemakmuran yang telah dicapai oleh negara ini pada abad sebelumnya. Di dalam perutusannya yang dimuatkan di dalam buku program Majlis Pelancaran Rasmi Seabad Malaysia ke Alaf Baru, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan bahawa:
“Sejarah tanah air sepanjang 100 tahun lalu adalah penuh liku dengan segala kisah perjuangan suka duka mencari kemerdekaan dan pembangunan untuk rakyat jelata. Daripada negeri negeri Tanah Melayu yang terpisah dan terjajah, kini Malaysia terbentuk sebagai sebuah negara yang bersatu padu, cemerlang dan merdeka. Malaysia kini begitu maju dan rakyatnya hidup aman makmur sehingga bersedia untuk mengharungi cabaran cabaran baru di alaf akan datang”.-Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad-30 Ogos 1999.

Bermula pada tahun 2000, perayaan Hari Kebangsaan mula disambut selama sebulan dan dikenali dengan ‘Perayaan Bulan Kemerdekaan’ iaitu bermula 17 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Acara sambutan dimulakan dengan pelancaran bulan kemerdekaan pada 17 Ogos dan kemuncak acara ialah di Ambang Merdeka pada tepat jam 12.00 tengah malam pada 30 Ogos serta keesokannya pula diadakan acara perarakan pada pagi 31 Ogos. Kemudian, pada 16 September pula diadakan upacara penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan bersempena tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pelbagai acara diadakan di seluruh negara seperti bacaan doa selamat dan Surah Yaasin, persembahan kebudayaan, pelbagai pertandingan dan sambutan oleh segenap lapisan masyarakat, agensi awam serta swasta bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan negara.
Pada tahun 2003, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Sambutan hari kebangsaan pada tahun itu diadakan buat kali pertama di Dataran Boulevard, Putrajaya. Acara pada tahun tersebut dianggap bersejarah dan dianggap sebagai hadiah rakyat kepada Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad yang telah 22 tahun berjasa kepada negara, menyumbang tenaga, pemikiran dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali serta disegani dunia.
Tahun 2004 menyaksikan tahun pertama Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mentadbir negara dan sambutan kemerdekaan peringkat nasional pada tahun ini diadakan di Dataran Kemunting, Kuantan, Pahang. Beliau terus memacu Malaysia ke hadapan dengan berteraskan prinsip prinsip demokrasi dan keterbukaan yang berpaksikan kepada gagasan Islam Hadhari dan moto Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Idea pembangunan negara diteruskan dengan penubuhan koridor koridor pembangunan di seluruh negara yang bertujuan memberikan manfaat pembangunan yang menyeluruh kepada rakyat di semua kawasan di negara ini.
“Marilah kita, semua rakyat Malaysia tanpa perlu rasa rendah diri, tanpa perlu rasa terpinggir, tanpa mengira bangsa dan agama, bangun menjadi negarawan di bumi sendiri. Kita semua adalah sama, kita semua rakyat Malaysia. Tidak ada individu di negara ini yang diiktiraf ‘lebih Malaysia’ dari individu yang lain”.-Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi-31 Ogos 2004.

Malaysia, sedekad berdiri teguh...

Tempoh 10 tahun pertama negara mencapai kemerdekaan merupakan tahun tahun yang begitu mencabar. Sebagai sebuah negara yang baru mengecapi nikmat merdeka, banyak yang perlu dilakukan terutama dalam menentukan halatuju dan masa depan negara. Tunku menegaskam:
“Kita ingin membina satu negara yang boleh dibanggakan iaitu satu negara di mana dapat kita tinggal bersama sama kemakmuran, ketenteraman dan kebahgiaan serta menumpukan taat setia kepadanya; pendek kata menempa negara Malaysia yang terdiri dari berbagai bagai kaum dan puak dan ini akan menjadi contoh dunia”.-Tunku Abdul Rahman Putra-31 Ogos 1962

Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah hasil daripada perjuangan yang telah menagih banyak pengorbanan sejak beratus tahun dahulu iaitu sejak kuasa kuasa penjajah menjejakkan kaki di bumi tercinta ini. Wajarlah kemerdekaan yang diperolehi ini dihargai oleh seluruh rakyat negara ini.

Bagi negara yang sebegini muda, Malaysia tetap teguh berdiri sam tinggi dengan jiran jiran lain yang terlebih dahulu mengecapi nikmat merdeka. Kemeriahan sambutan merdeka sepanjang 10 tahun pertama ini ditonjolkan dengan acara acara yang diadakan setiap tahun.

Persidangan parlimen pertama kali pada tahun 1959 telah menyemarakkan lagi suasana dalam negara apabila wakil wakil di Parlimen adalah yang dipilih oleh rakyat dalam negara yang Merdeka tanpa aturan penjajah, menjadikan sambutan merdeka pada tahun tahun awal ini begitu bermakna.

Di sebalik kemeriahan sambutan yang diadakan terdapat juga pelbagai pengalaman suka duka antaranya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ketiga, negara dikejutkan dengan kemangkatan SPB Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah pada 1 September 1960. Di samping itu negara juga dilanda musim kemarau yang melibatkan negeri Kedah, Selangor, Kelantan dan Melaka. Kemeriahan sambutan kemerdekaan turut tergugat dengan peristiwa peristiwa yang tidak diduga seperti penangguhan tarikh pengisytihran Malaysia, darurat, konfrantasi serta pemisahan Singapura. Kegembiraan pula tergambar apabila penyertaan beberapa negara luar untuk turut serta mengambil bahagian dalam Pesta Bola Merdeka, yang secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan mareka terhadap sebuah negara yang baru merdeka.

Negara Berjaya menghadapi saat saat genting konfrantasi yang dilancarkan oleh Indonesia dan protes dari Filipina sebaik sahaja negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Sambutan merdeka pada tahun 1964 agak suram kerana negara perlu berjimat cermat bagi menghadapi konfrantasi, namun begitu sambutan perayaan tetap diteruskan. Dalam perutusan hari kemerdekaan pada tahun tersebut, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra menyatakan:
“Marilah kita membuat azam bahawa apa juga yang akan terjadi, kita akan mempertahankan negara kita dengan nyawa kita sendiri”.-Tunku Abdul Rahman Putra-31 Ogos 1964

Pada tahun berikutnya, Singapura telah bertindak keluar dari Malaysia. Pemisahan yang berlaku pada 9 Ogos 1956 tidak menjejaskan acara sambutan merdeka pada tahun berkenaan kerana negara turut meraikan beberapa mercu tanda penting sempena perayaan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Antaranya perasmian Masjid Negara pada 27 Ogos 1965 yang menjadi lambing Islam sebagai agama rasmi negara dan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Subang pada 30 Ogos 1965.

Kemeriahan sambutan dirasai menjelang sambutan kemerdekaan tahun 1966 apabila Indonesia menjalin semula ikatan saudara serumpun dengan memeterai Perjanjian Perdamaian dengan Malaysia pada 11 Ogos 1966. Rakyat kedua dua negara menyambut baik perdamaian ini dan sambutan kemerdekaan tahun itu turut disambut meriah sebagai meraikan pemulihan hubungan tersebut.

Pada tahun 1967, sambutan ke-10 tahun kemerdekaan negara amat bermakna buat Malaysia. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra semasa mempengerusikan mesyuarat pertama sambutan 10Tahun Merdeka mahukan acara ini diadakan secara besar besaran sebagai member penghargaan kepada rakyat di atas segala usaha yang telah dibuat bersama sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
...YTM Tunku Perdana Menteri telah membuka mesyuarat dengan menyatakan ia-itu pada 31hb. Ogos 1967, ini genaplah sapuloh tahun Negara ini Merdeka. Oleh yang demikian, untuk mengingatkan tarikh itu patut-lah di-adakan suatu perayaan sa-chara besar2an dengan mengadakan suatu Pesta yang lebeh riang dan meriah lagi daripada apa yang telah di-perbuat pada tahun 1956. Sungguh pun kedudukan kewangan Negara pada masa ini tiada sa-bagitu baik tetapi perbelanjaan bagi mengadakan perayaan ini ada faedah-nya kerana dengan adanya perayaan itu dapat-lah kita menyenangkan fikiran raa’yat jelata supaya mereka dapat tinggal dalam tenang dan aman. Sekita-nya tiada keamanan di-dalam negeri sudah tentu kerajaan akan mengeluarkan belanja yang lebeh besar lagi... Tambahan pula pada masa ini kita sudah menjadi Malaysia, maka segala pertunjukan dan perayaan itu mesti-lah dengan fikiran sa-chara Malaysia dan tidak lagi di-perbuat oleh dan bagi tiap2 bangsa...-Petikan minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra semasa mesyuarat pertama Sambutan 10 Tahun Merdeka pada 28 Mac 1967.

“Kita harus menunjukkan betapa girangnya hati kita dengan kejayaan-kejayaan yang diberi oleh Tuhan. Tujuan perayaan ini ialah untuk menunjukkan perasaan girang kita”.-Tunku Abdul Rahman Putra- 31 Ogos 1970

Pelbagai acara menarik telah diatur sempena perayaan Ulang Tahun Kemerdekaan negara ke-10 kerana Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berhasrat menjadikannya sebagai satu sejarah kenang kenangan yang akan diingati serta mahukan rakyat memahami apakah yang dikatakan kemerdekaan dan faedah mempunyai sebuah negara sendiri yang berdaulat.

Antara pencapaian yang menjadi kebanggaan pemimpin dan rakyat di sepanjang perjalanan sepuluh tahun kemerdekaan negara ialah pembangunan infrastuktur negara sama ada di bandar atau luar bandar. Pada 6  Mei 1962, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah melancarkan Buku Merah yang menjadi asas dalam menggerakkan pembangunan negara.

Kerajaan juga telah mencapai kejayaan yang besar dalam mengekalkan keamanan negara melalui penentangan habis habisan terhadap keganasan komunis, hasilnya pada tahun 1960 darurat ditamatkan.

Mengorak kemerdekaan negara

Sejarah perjuangan kemerdekaan negara bermula dari saat kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas kekalahan Portugis kepada Belanda pada tahun 1641, sejarah perjuangan menentang penjajah menyaksikan penentangan yang dilakukan oleh pemerintah dan rakyat seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada zaman ini juga, lahir tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 sehingga beliau terbunuh di Teluk Ketapang. Dalam tempoh sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu di awal 1780an, tidak banyak sumber yang mengisahkan tentang kebangkitan perjuangan menentang Belanda di negara ini.

Kehadiran British dan campur tangan mereka dalam pentadbiran tempatan telah menyemarakkan lagi semangat perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada kuasa asing. Gerakan penentangan ini berlaku bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu malahan Sabah dan Sarawak. Gerakan menentang Inggeris telah melahirkan tokoh tokoh pejuang tempatan seperti Penghulu Dol Said dan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah dari Perak, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdullah Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak, Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.

Walaupun terdapat sedikit kejayaan di peringkay awal tetapi semua gerakan penentangan tersebut berakhir dengan kegagalan. Namun, semangat juang tetap diteruskan kerana penduduk pribumi tidak mudah menyerahkan tanah air mereka kepada kuasa asing.

Setelah melalui perjuangan ang panjang tanpa kekuatan senjata yang mencukupi maka perjuangan diterusakan melalui penulisan. Dengan itu, pelbagai akhbar dan majalah diterbitkan seperti Al-Iman, Neraca, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain lain. Antara tokoh yang terlibat dalam perjuangan melalui mata pena adalah seperti Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Zainal Abidin Ahmad(Za’aba) dan Abdul Rahim Kajai.

Pendudukan Jepun pada tahun 1942 sehingga 1945 telah menimbulkan pelbagai kesan yang mendalam kepada penduduk Tanah Melayu. Banyak perubahan berlaku sama ada dari segi psikologi, social mahupun politik yang menyebabkan penduduk Tanah Melayu lebih peka terhadap perkembangan di sekeliling mereka.

Oleh itu kedatangan semula Inggeris ke Tanah Melayu pada September 1945 dengan idea untuk melaksanakan Malayan Union mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat hinggalah kepada pemimpin temasuk pihak istana. Penentangan terhadap Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 bertambah hebat dengan lahirnya UMNO pada 11 Mei 1946 di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

Akhirnya Malayan Union dibubarkan dan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Bagaimanapun, darurat diisytiharkan pada Jun 1948 angkara keganasan komunis menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn Jaafar kepada Tunku Abdul Rahman Putra pada 23 Ogos 1951 turut membawa perubahan slogan dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi semakin teguh dengan adanya permuafakatan melalui PERIKATAN antara orang Melayu, Cina dan India  di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra. Di samping itu, paduan tenaga setiap golongan masyarakat, dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti kalangan guru, wartawan, penulis, ahli ahli politik hatta pihak istana, membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.

Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan demi desakan oleh para pejuang, maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris. Rundingan yang diadakan telah diakhiri dengan termetrainya Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.

Kepulangan rombongan merdeka disambut meriah di Melaka dan Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan bahawa Tanah melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Selepas merdeka, satu demi satu peristiwa penting berlaku dalam lipatan sejarah negara. Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura diisytiharkan. Bagaimanapun, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Sesungguhnya, liku liku perjuangan ke arah kemerdekaan, melalui ranjau yang penuh berduri dan dalam tempoh yang amat panjang. Pengorbanan para pejuang yang tidak pernah menyerah kalah ini perlu dijadikan wadah kepada kita semua untuk menuju matlamat pembinaan 1Malaysia yang lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.

Merdekanya negara kita

Tepat jam 12.00 tengah malam tanggal 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor telah tercatat satu peristiwa penting dalam sejarah negara. Bermula dari detik inilah, Persekutuan Tanah Melayu muncul sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Pada malam tersebut bendera Union Jack yang menjadi simbol penjajahan Inggeris telah diturunkan dengan iringan lagu 'God Saves The Queen' dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan 'Negaraku'. Encik Tahir Abdul Majid telah dipilih untuk melaksanakan upacara penuh bersejarah ini.

Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bersama sama rakyat jelata. Diikuti tabik hormat kepada Tunku oleh satu barisan kawalan keselamatan terdiri daripada 300 pemuda Perikatan. Kemudiannya, Ketua Pemuda UMNO, Encik Sardon Bin Jubir menghadiahkan kalungan bunga kepada Tunku Abdul Rahman Putra. Serentak itu, kedengaran laungan 'Bapa Merdeka' yang ditujukan khusus kepada Tunku.

Kemerdekaan negara secara rasmi telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan membaca Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan ini telah dibacakan di hadapan Raja raja Melayu dengan disaksikan oleh 20 000 rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan 26 perwakilan asing beserta 21 tetamu khas yang dijemput. Tunku kemudiannya mengangkat tangan dan dengan penuh semngat melaungkan 'Merdeka' sebanyak 7 kali. Laungan Tunku disambut oleh para hadirin dengan pekikan gemuruh yang menggegarkan suasana stadium. Majlis diteruskan dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh sepasukan anggota dari Angkatan Tentera Laut dengan diiringi lagu kebangsaan 'Negaraku' dan diikuti bedilan meriam sebanyak 101 das. Seterusnya seruan azan dilaungkan sebagai tanda kesyukuran lahirnya sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Bagi mengisi tuntutan sebuah negara merdeka, upacara mengangkat sumpah jawatan dilansungkan di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi hari yang sama. Upacara didahului oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri, Hakim Besar dan Jemaah Menteri. Seterusnya diikuti dengan istiadat perlantikan Gabenor Pertama Pulau Pinang, Raja Sir Tun Uda bin Raja Muhammad dan Gabenor Melaka, Encik Leong Yew Koh.



Di samping itu, penonjolan identiti sesebuah negara merdeka turut diberi perhatian. Melalui inisiatif Tunku Abdul Rahman Putra, lagu kebangsaan 'Negaraku' telah dicipta dan diperdengarkan buat pertama kalinya semasa upacara menaikkan bendera kebangsaan di Padang Kelab Selangor pada malam 30 Ogos 1957. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta dan dikibarkan pada tahun 1950 telah diterima pakai sebagai bendera rasmi


Bendera Persekutuan Tanah Melayu berukuran 6' x 3' ini telah direka cipta oleh Mohamed bin Hamzah dalam satu pertandingan yang dianjurkan pada tahun 1949. Daripada 373 penyertaan yang diterima, corak bendera ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Chief Secretary, Sir Alex Newboult. Bendera ini buat pertama kalinya telah dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bendera ini telah dijadikan bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu.


Pelbagai acara diadakan sepanjang bulan sama ada di Kuala Lumpur mahupun di negeri negeri di seluruh negara sempena dengan sambutan kemerdekaan ini. Antaranya, perbarisan meraikan kemerdekaan dan penghormatan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Upacara ini diadakan di depan bangunan Federal Secretariat, Kuala Lumpur. Selain itu, diadakan juga, Majlis Jamuan Makan Tengahari di Residensi bagi mengucapkan selamat pulang kepada Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald Mac Gillivray, Majlis Jamuan Negara, pertunjukan bunga api, pertunjukan Aneka Warna Merdeka, Dondang Sayang Merdeka, Pusparagam Kanak Kanak, pertunjukan di atas pentas terapung di Tasik Kebun Bunga dan juga acara sukan untuk rakyat.

Tidak ketinggalan rakyat tempatan di luar negara juga turut mengadakan pelbagai acara bagi meraakan kemerdekaan negara. Sambutan telah diadakan di beberapa buah negara iaitu Indonesia, Filipina, Burma, Jepun, Arab Saudi, Australia, Amerika Syarikat, Russia dan United Kingdom.

Monday 25 July 2011

Detik Bersejarah,,, MERDEKA!!!

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat dan hari paling bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh inilah kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra tepat jam 12.00 tgh malam di Padang Kelab Selangor dan tepat jam 9.30 pagi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Setelah merdeka diisytiharkan, upacara bagi pengisian kemerdekaan diadakan dengan pelantikan Ketua Negara, Perdana Menteri, Hakim Besar, ahli ahli Jemaah Menteri dan Gebenor bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka. Pada masa yang sama, lagu kebangsaan 'Negaraku' dan bendera kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu diterima pakai sebagai identiti negara yang baru merdeka. Di samping itu, pelbagai acara diadakan bersempena detik bersejarah ini sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan rakyat menyambut kelahiran sesebuah negara merdeka dan berdaulat.

Rentetan yang membawa kepada detik bersejarah ini bermula dengan perjuangan, pengorbanan, penderitaan, penentangan dan akhirnya perundingan. Walaupun kemerdekaan negara dicapai melalui meja rundingan, pengorbanan para pejuang dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan mencapai kemerdekaan tetap terpahat dalam lipatan sejarah. Tanpa pengorbanan para pejuang, merdeka hanya tinggal sebagai ungkapan semata mata. Oleh itu amat wajar bagi seluruh rakyat negara ini untuk memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan dan mengenali para pejuang ini.


Perayaan dan sambutan di atas kelahiran semula sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dinamakan Persekutuan Tanah Melayu sejak 1957 sehingga kini menjadi acara tetap yang penuh bersejarah.Pelbagai acara sambutan dirancang dan disusun rapi bagi menggambarkan suasana sambutan yang penuh bersejarah lagi meriah. Sewajarnya, detik bersejarah ini disambut dengan penuh makna bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan di atas kejayaan perjuangan yang begitu panjang.

Wednesday 20 July 2011

sepinya sendirian

Bila menyentuh tentang topik bersendirian, ramai yang memandangnya dari perspektif yang negatif. Hakikatnya, terlalu ramai yang membenci situasi bersendirian ini kerana ada yang beranggapan waktu yang dilalui secara bersendirian seakan akan berlalu sangat lambat dan memenatkan. Walau bagaimanapun, jika kamu faham erti sebenar bersendirian ini secara terbuka dan adil, ia bukan membawa maksud bosan atau sepi semata mata. Sebaliknya ia membawa dua maksud yang berbeza iaitu:-

i) Bersendirian yang berkaitan dengan faktor fizikal individu, di mana tiada orang yang berada disekitarnya

ii)Bersendirian yang hanya berbentuk perasaan sahaja.

Walau apa pun erti bersendirian itu, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah sekiranya kamu mampu mengendalikannya dengan baik. Bagaimana kamu harus mengendalikan situasi bersendirian itu?

1-Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti yang positif yang sangat kamu gemari. Contohnya, membaca, menulis, olahraga atau menyanyi. Dengan cara ini, suasana bersendirian kamu itu bakal kamu lalui dalam satu suasana yang sangat mendamaikan.

2-Selain itu, cuba kamu fikir fikirkan kembali antara perkara perkara yang pernah menjadi impianmu dan masih belum sempat kamu realisasikan. Buntu bagaimana untuk memulakannya? Kamu boleh menyelak semula diari diari lama, melihat gambar gambar dahulu, buku buku dan sebagainya untuk memulakan misi tersebut.

3-Dengan cara menulis semula keinginan gila yang pernah kamu fikirkan di zaman kanak kanak dahulu ia mampu membangkitkan semula keghairahan hidup kamu. Malah, kamu juga boleh menyenaraikan mimpi mimpi yang masih belum terlaksana.

Sebenarnya kamu boleh merasakan situasi bersendirian ini pada bila bila masa sahaja tanpa mengenal sesiapa pun. Jika satu saat kamu merasakan diri kamu berada dalam keadaan sepi, atau merasa sunyi sepi sendirian, kamu harus ingat bahawa bersendirian itu bukan membawa maksud penamat dalam sesebuah kehidupan. Kamu perlu bijak mengendalikan emosi tersebut dan cuba mengolah emosi sepi itu menjadi emosi yang lebih bermakna di dalam kehidupan kamu

Saturday 9 July 2011

Membenci, tetapi memuja

Semalam, seseorang yang besar dan dihormati di kolej kediaman aku datang ke kem ini, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Bukan isinya yang mahu ku ceritakan pada kalian disini, tetapi bakat dan kualiti dalam dirinya.

Aku memang mengenali dia, tapi tidaklah seberapa rapat, kerana bagi aku dia seorang yang sombong dan tak nak bertegur dengan aku. Tetapi semalam dia menghadirkan diri semasa kami sibuk dan sedang penat membuat tugasan yang diberi. Terlalu banyak ilmu dan tunjuk ajar yang dia beri kepada kami. Aku tahu dia memang seorang yang berbakat besar dan tidak lokek ilmu, tetapi sifat sombong dan seakan akan berlagak dan bongkak tertonjol dalam dirinya, membuatkan aku tidak gemar untuk merapatkan diriku dengan dia.

Tetapi dalam diam, aku sangat respek dengan segala pencapaian dan jasa yang telah diberi kepada kolej, dan mungkin dalam diam aku menjadikan dia sebagai role model, agar aku lebih berjaya dan berkeyakinan tinggi pada masa hadapan.

Meluat dengan seseorang, tetapi sifat baik yang ada dalam dirinya masih boleh kita contohi, jika tidak, anda lah seorang yang bongkak dan bodoh sombong sebenarnya...

Friday 8 July 2011

Hari ini, belajar sesuatu yang baru

Dari pagi pagi buta, aku mencelikkan mata, terus dipaksa memerah otak, di sumbat dengan ilmu dan pengalaman seseorang yang pernah menjadi antara orang terpenting dalam negara kita. Tan Sri Musa Hassan, mantan ketua polis negara(KPN). Terlalu banyak ilmu yang di sampaikan hingga tak termampu untuk aku terima, dengan keadaan kotak fikiran yang masih sejuk beku di pagi hari, di tambah air cond di dewan kuliah yang tak terjangkau sejuknya dengan hanya berbekalkan sehelai baju lengan pendek, di ibaratkan kelopak mata di atas merupakan megnet kutub utara, dan kelopak maa bawah merupakan magnet kutub selatan. Hingga aku terpaksa menggigit jari sekuat hati menahan mengantok dalam kesejukan ya amat.

Tetapi ucapan dan syarahan yang di berikan mantan KPN sangat berguna, sangat bermanfaat, walaupun tidak semua dapat ku ambil dan perap dalam otak beku ku ini. Keselamatan Negara, pada mulanya fikiran aku mengatakan bahawa ucapan yang bakal ku dengar hanya untuk mengelakkan para mahasiswa untuk tidak keluar berarak bagi perhimpunan bersih 2.0 yang di rancang keesokan hari. Tanggapan aku meleset, memang benar ada sedikit sebanyak bersangkut paut dengan agenda tersebut, tetapi itu hanya kerana perkara tersebut merupakan isu semasa. 

Beliau merupakan seorang yang anti-politik, tidak gemar bermain politik dan sangat tegas dan bersungguh sungguh membuat sesuatu kerja. Ketelusan seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap insan, supaya dunia tidak bergolak dan tidak ada rusuhan pergaduhan. Ini kerana selalunya perkara ini berlaku kerana politik, permainan politik. Hanya pandai berkata kata, berjanji sana sini tanpa sebarang tindakan yang di buat, selain membakar duit rakyat.

Pernah juga aku terfikir, tanpa ahli politik, yang hanya suka berjanji dan berkempen sana sini, gantikan mereka dengan orang orang yang bertanggungjawab dalam kerja, telus dan amanah, tiada pergaduhan perebutan, hasad dengki, pastinya negara kita khususnya, dan dunia am nya akan aman sentosa.

Dan antara perkara yang masih segar dalam ingatan saya adalah apabila Tan Sri mengimbau kembali, 7 wasiat Raja Raja Melayu, yang telah dipersetujui oleh semua ketua kaum kaum utama di Malaysia,serta pihak British yang telah memberi kemerdekaan kepada negara kita,pada Ogos 1957

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".
Adalah 7 perkara tersebut ialah;
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak
wasiat ini secara zahirnya sudah cukup untuk mengelakkan pertengkaran antara kaum yang wujud dan tinggal di negara kita. Dengan mudah hanya ikut segala wasiat yang di beri, dan telah di persetujui oleh ketua kaum yang ada, persengketaan antara kaum dapat di hindarkan, dan menjamin kesejahteraan negara.

NGANTOKKK,,, SOK SAMBUNG,, sok nak kena bangun awal,, nak buat sarapan untuk rakan2 di kem ini,, turn aku,, gud nyte,, ade 1 lg artikel,, tajuk dia jadikan orang yang kita x suka sebagai role model, grab ape yang baik dalam diri nya,, tp sok la klo ak rjin,, nyteee

charlie adam, new signing

Ho yeahh,,,
7 million signing today
most welcome Charlie, YNWA

jom tgk pic latest dia, tapi masih belum banyak, layanzzzz,,,,,







Thursday 7 July 2011

welcome,,, adam

At last, 2nd signing for liverpool came to the melwood. Heayyhh Charlie Adam, 8million. good signing with a low price. Kesian la korg Blackpool, dah la tersingkir, Adam kitorang dapat dengan murah plak tu. Dulu time Liver nak beli 12 million korang kerek, cakap Blackpool boleh stay di premier league if Adam stay, last2 Adam ke sini dengan harga murah, korang pun jatuh tercampak entah ke mana. Sabar mr Ian Holloway(cmni ke eja name si botak tu????), Meh sini aku ajar skit pepatah melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,, tamak lagi, hihihi.

Welcome Charlie Adam, long term planning for Liver, walaupun bakal diberi saingan sengit oleh Lucas, Henderson, Gerrard, Raul Mereilles(kalau xkena jual la mamat ni), kamu punya masa depan yang cerah untuk menjulang trofi or cup, mana2 jelah.

Usha sikit pic dia....

owh lupa belum sign, kejap lagi dia sign pastu pakai baju Liver.

Nanti lah aku update, hahaha come on comolli n king kenny, bring all the big name come to papa, just finish all the money in the bank, bukan duit aku pun, ada plak ak nk kisah. Broke the bank. Downing, Mata, Doni, Lennon,, orait

Got the good news d, so can sleep tight..... oh forget have 2 wake up early in the morning tomorrow,,,
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

permulaan hidup menjadi seseorang

1st day, kem bagi pembantu mahasiswa, di sebuah universiti terkemuka tanah air. Bukan mudah untuk menjadi seseorang di universiti, ini bukan diri aku, tapi ak terpaksa memaksa diri aku supaya tidak berada di takuk lama. Banyak lagi yang aku kekurangan dan perlu belajar, untuk menjadi berjaya bukan sahaja di tempat ak menuntu, yang lebih penting apabila aku melangkah keluar dari menara gading ini.

Tujuan utama kem ini pastilah untuk menjalin dan merapatkan hubungan sesama kami semua peserta kem dan juga dengan pihak pengurusan kolej dan universiti. Selain itu, hubungan sesama kolej kolej lain serta semangat perpaduan dan berpasukan dalam kalangan kami sendiri turut di titik beratkan.

Memang bukan mudah untuk berjaya, aku tahu ini memang untuk masa hadapan, kemahiran dan sagala pengalaman ini sangat berguna, teknik komunikasi bersama rakan rakan, penyelia, pengetua dan orang ramai berbeza. Pada hari pertama tak banyak yang aku pelajari, tapi dalam 1 minggu ini, pasti menjadi minggu yang mencabar diriku sendiri.

Persiapan rapi akan aku lakukan, untuk berdepan dunia alam maya, yang menjadi bayangan kepada kehidupan masa hadapan aku. Untuk mendapatkan sesuatu, banyak yang perlu di korbankan.

Semoga aku tabah melalui hari hari yang mendatang...

Friday 1 July 2011

BERSIH organisers ready for penalty

The Coalition for Clean and Fair Election (BERSIH) 2.0 is prepared to face any action by the authorities over its intention to hold a street rally on July 9.

BERSIH chairman Datuk Ambiga Sreenevasan questioned why the police were focusing on BERSIH 2.0 although the organiser had continued to assert that it would be held peacefully.

"It is the duty of all to preserve our right to assemble peacefully, as provided under the Federal Constitution. Malaysia is on the Human Right Council and what does it say for us when we show no regard for this fundamental right, especially when we, the citizens, are saying we will do it peacefully?" she said.

Barisan Nasional Youth chairman Khairy Jamaluddin on Friday also said he would proceed with the counter-rally against BERSIH 2.0, despite not getting police permit.

Khairy had assured that the counter-rally by UMNO Youth, MIC and the People's  Progressive Party's Youth, would also be held peacefully.

Khairy said he was expecting "tens of thousands" of people to join him in handing over a memorandum to the Yang di-Pertuan Agong in support of democracy and  the role carried out by the Election Comission.

Their insistence came despite a call by acting city police chief Datuk Amar Singh urging the organiser of BERSIH 2.0 rally and the counter-rallies to call them off.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said he hoped that the BN Youth leadership would call off the counter-rally.

"Prime Minister (Datuk Seri Najib Razak) has explained that the authorities have the right to act against those participating in illegal gatherings.

"I hope that the BN Youth leadership will do the right thing."

He said gathering such as BERSIH 2.0 should not be held as there already existed various processes and avenues through which the public could air their grouses.

He insisted that the gatherings were politically motivated.

He warn that the rallies would only result in negative consequnces that could tarnish t

Radiation is all around us

For most of us, the word "radioactive" brings to mind images of a dangerous substance, which we should shun rather than handle.

Some people believe radioactive substance can explode, cause death or cancer.

This is the public perception. Not only that, radioactivity linked to certain calamities the world over, such as the atomic bomb explosion in Hiroshima, Japan, on Aug 6, 1945; the nuclear power plant accident in Chernobyl, Ukraine, on April 26, 1986; and lately, the radiation leak at the nuclear power plant in Fukushima, Japan, resulting from an earthquake and tsunami on March 11.

Incidents such as these strike anxiety and fear in the people because they tend to assume that radioactivity is the cause of death, damege to property, environmental pollution and disease such as cancer.

It may difficult to change the public stigma towards radioactivity. Nevertheless, unbeknown to us, radioactivity is present around us naturally and we are exposed to radiation in our daily lives.

For example, we are exposed to radiaton from soil and rocks, and space (in the form of cosmic rays), and fro the food we consume daily, such as fruits and vegetables.

Our body consist of natural radioactive substance such as Potassium-40. Data gleaned from UNSCEAR 2000 (United Nations scientific committee on the effects of atomic radiation to the General Assembly) states that, on average, we are exposed to natural radiation up to 2.4 milliSievert (mSv) annually.

All soil in the worl contains naturally occuring  radioactive materials(NORM), particularly Uranium 238 im the range of 16 to 110 Becquerel/kg (Bq/kg) (equivalent to 0.016 to 0.1 Bq/gm) and Thorium-232 in the range of 11 to 64 Bq/kg (equivalent to 0.011 to 0.064 Bq/kg)

The latest issue involving radioactive substance in the country, which is widely debated, is Lynas project. Briefly, Lynas(M) Sdn Bdh is a wholly owned subsidiary of Lynas corporation Ltd of Australia. It is in the business of producing and selling rare earth.

Output from the processing of rare earth is used by hundreds of industrial applications, for example batteries for laptop computers, mobile telephones and hibrid cars, cathode-ray tubes for TV monitors and computers, fibre-optic cables, aerospace applications and magnets for generation of energy from wind.

The Lynas company in Kuantan is expected to produce almost 30 percent of the world's supply (outside China) once it becomes operational.

The dispute centres on the residue, containing naturally occuring radioactive materials (NORM).

The main reason for the people's fear, espsecially those in Pahang, is the Lynas proposes to import Lanthanide ore from the Mount Weld mine in Western Australian for processing and extraction in the Gebeng industrial site in Pahang.

The waste by-product from the extraction of rare earth is people's point of contention and the transparency of the government and its relevent agencies in ensuring the people's safety.

The issue had been raise by certain quarters solely with a political motive.

It is regrettable that the public have become the victim for they have been fed with misleading information, leading them to equate the processing of rare earth by Lynas to that by Asian Rare Earth (ARE) and harbouring fears of a repeat of the incident involving the latter in the 1980s.

The government has taken precautionary measures to prevent any recurrence of the ARE incident. Various government agencies, among them the Department of Environment, Atomic Energy Licensing Board (AELB) and Occupational Safety and Health Department are responsible for ensuring the people's safety and health as well as quality of the environment.

The public have questioned the credibility of the relevent agencies, including the move by AELB in issuing the licence, as well as the transparency of the independent panel of experts who arrived at the decision on the Lynas project.

In fact, in a project involving the processing of the radioactive substance, the construction approval would be given but the operating licence would only be issued after Lynas complies with all safety measures and requirement stated in the conditions for licensing and in its radiation protection programme.

The government has also invited an independent panel of international experts from countries which have no vested interest in the Lynas project to undertake a review of all the safety and health aspects, reflecting that it is truly transparent in the decision-making process.

Based on the facts and analysis of samples by the relevent agencies, the residue generated by the Lynas project is low in radiation, which is 0.165 percent in thorium content, equivalent to 1 650 parts per million (ppm) or 6.7 Bq/g or 6 500 Bq/kg.

The thorium content in the residue at Lynas, namely the water leach purification (WLP), has a radiation exposure of 0.002 mSv per year, much lower than the permissible exposure level of 1mSv per year.

As such, it is needless for people in the vicinity, such as in Balok, Beserah, Sungai Ular and Sungai Karang, to be fearful because the project will not have any harmful health effect on them.

A study undertaken by an independent body shows that the maximum exposure dose gauged around Kuantan is 0.00012 milliSievert per hour, much lower than the exposure dose a person is subjected to during a CT scan and X-ray.

The marble on which we walk, porcelain cups and saucers which we use, soil on which our children play and stones used in the construction of houses and offices contain radioactive elements such as thorium, uranium and other substances.

However, these elements only generate a low level of radiation and do not pose any threat to our health.

In here, Lynas is not the only company engaged in the processing of minerals. Others include Petronas Carigali, TOT Mineral, Tioxide Huntsman and Samsung Corning.

Processing of rare earth also takes place in Africa, India, Canada, Vietnam, China and Brazil.

As such, it is unfair to associate radiation only with danger.

The fact is that radiation has brought much benefit to man, particularly in the diagnosis and treatment of cancer.

BERSIH

The Coalition for Clean and Fair Election (BERSIH) 2.0 is prepared to face any action by the authorities over its intention to hold a street rally on July 9.

BERSIH chairman Datuk Ambiga Sreenevasan questioned why the police were focusing on BERSIH 2.0 although the organiser had continued to assert that it would be held peacefully.

"It is the duty of all to preserve our right to assemble peacefully, as provided under the Federal Constitution. Malaysia is on the Human Right Council and what does it say for us when we show no regard for this fundamental right, especially when we, the citizens, are saying we will do it peacefully?" she said.

Barisan Nasional Youth chairman Khairy Jamaluddin on Friday also said he would proceed with the counter-rally against BERSIH 2.0, despite not getting police permit.

Khairy had assured that the counter-rally by UMNO Youth, MIC and the People's  Progressive Party's Youth, would also be held peacefully.

Khairy said he was expecting "tens of thousands" of people to join him in handing over a memorandum to the Yang di-Pertuan Agong in support of democracy and  the role carried out by the Election Comission.

Their insistence came despite a call by acting city police chief Datuk Amar Singh urging the organiser of BERSIH 2.0 rally and the counter-rallies to call them off.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said he hoped that the BN Youth leadership would call off the counter-rally.

"Prime Minister (Datuk Seri Najib Razak) has explained that the authorities have the right to act against those participating in illegal gatherings.

"I hope that the BN Youth leadership will do the right thing."

He said gathering such as BERSIH 2.0 should not be held as there already existed various processes and avenues through which the public could air their grouses.

He insisted that the gatherings were politically motivated.

He warn that the rallies would only result in negative consequnces that could tarnish the image of the nation.

"If there are any members of the public who symphatise with them(BERSIH), then they are betraying the struggles of the people who want to have peace and development in this country."