Monday 3 December 2012

Alat mengatasi kecurangan pasangan

WASHINGTON - Sesuai untuk mereka yang tidak mempercayai pasangan masing-masing, ciptaan terbaru ini dipercayai boleh mendapatkan semula pesanan ringkas dan mesej yang telah dibuang daripada telefon bimbit seseorang. 

Pemacu simpanan data mudah alih (USB) yang digelar iRecovery Stick ini direka untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit iPhone keluaran syarikat Apple. Ia juga mampu mengesan maklumat panggilan, buku telefon dan pemetaan, yang akan menunjukkan destinasi dilawati pengguna telefon itu. 

Tidak hairan, alat kecil itu begitu diminati individu yang mengesyaki pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain. “Pemacu USB ini sesuai untuk semua orang termasuk isteri dan suami yang mengesyaki pasangan masing-masing dan kekasih,” kata jurucakap syarikat pengeluar Paraben, Ray Couch.  “Ia juga disasarkan kepada majikan dan polis,” katanya. - Agensi

Jodoh manusia


 ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar Rum : 21)

”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” ( QS Adz Dzariyaat : 49)

Jodoh pertemuan semua sudah di tentukan Ilahi, memang tidak di nafikan.
Tapi kita sebagai hamba yang memiliki kudrat, boleh berusaha bagi mendapat jodoh yang sesuai dengan kehendak kita.
Setiap manusia punyai cara yang berbeda untuk di pertemukan dengan jodohnya. 

Sudah menjadi ketetapan, lelaki yang baik akan bertemu dengan wanita yang baik, masakan seorang lelaki yang suka berjudi bisa mendapatkan wanita solehah di kedai judi.

Memang tiada yang mustahil, tetapi realitinya sukar untuk mendapatkan pertemuan sebegitu rupa, kecuali ianya telah di susun Allah

Berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupmu
LEBAH yang baik akan mendatangi  BUNGA yang banyak madunya.
LALAT yang paling menjijikkan akan mendatangi BANGKAI yang sudah busuk baunya.
Jadi marilah perBAIKi diri, niscaya pasangan kitapun akan BAIK.
Jadilah wanita solehah dan lelaki yang soleh,
nescaya pasangan kita pun akan sama.

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”  (QS An Nur:26)

Semoga bertemu jodohnya