
Pemacu simpanan data mudah alih (USB) yang digelar iRecovery Stick ini direka untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit iPhone keluaran syarikat Apple. Ia juga mampu mengesan maklumat panggilan, buku telefon dan pemetaan, yang akan menunjukkan destinasi dilawati pengguna telefon itu.
Tidak hairan, alat kecil itu begitu diminati individu yang mengesyaki pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain. “Pemacu USB ini sesuai untuk semua orang termasuk isteri dan suami yang mengesyaki pasangan masing-masing dan kekasih,” kata jurucakap syarikat pengeluar Paraben, Ray Couch. “Ia juga disasarkan kepada majikan dan polis,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment