Thursday, 30 June 2011

Umat islam mesti jaga aurat sesama jantina

Mata kurniaan Allah untuk digunakan mengikut kesesuaian syarak. Mata membolehkan kita menikmati tetapi pandangan mata juga boleh merosakkan hati seperti dinyatakan sebahagian Salaf, pandangan mata adalah panah beracun yang menggoncangkan hati.

Allah menurunkan peringatan-Nya bermaksud: "Katakanlah kepada laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."( Surah an-Nur, ayat 30)

Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir tidak mengkhususkan 'menundukkan pandangan' hanya kepada wanita. Beliau mengambil pandangan sebahagian besar Ulama Salaf yang melarang memandang 'amrad' (lelaki cantik). Bahkan sebahagian mengharamkannya kerana menimbulkan fitnah.

Daripada Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda bermaksud:"Janganlah seorang lelaki melihat aurat sesama lelaki. Jangan pula seorang perempuan melihat aurat sesama perempuan. Seorang lelaki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut. Demikian pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan dengan perempuan lainnya dalam satu selimut."(Sahih Muslim)

Hukum asal dalam Islam, dibenarkan lelaki memandang sesama lelaki. Juga tiada larangan bersentuhan. Malah di nasihatkan bersalam salaman untuk mengikat hubungan silaturrahim sesama Muslim.

Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh lelaki mengucup mulut, tangan ataupun mana mana anggota mahupun memeluk lelaki.

Dalilnya, riwayat kerika Rasulullah SAW pernah ditanya:" Adakah boleh mengucup antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh memeluk antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya."

Namun Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa bersandarkan riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memeluk antara satu sama lain.

Persoalan berkenaan hukum lelaki memandang sesama lelaki, terutama yang dikategorikan lelaki 'cantik'(amrad), sebahagian ulama mengatakan amrad itu lelaki yang tidak mempunyai misai dan janggut (kerana lazimnya Muslim terdahulu itu memelihara janggut mereka).

Fuqaha' bersepakat mengatakan haram melihatnya dalam keadaan syahwat. Manakala melihat lelaki 'cantik' tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, fuqaha' berselisih pendapat.

Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumannya harus melihat kepada lelaki cantik jika pandangan itu tidak mendatangkan syahwat. Namun sebahagian golongan al-Hanabilah berkata makruh jika melihat secara berulang kali.

Pendapat yang rajih dalam kalangan Syafi'iyyah berkata, haram melihat secara mutlak sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.

Ini menunjukkan kehadiran lelaki 'cantik' di hadapan kita boleh membabitkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama. Jelasnya, apa sahaja yang mendatangkan syahwat jika melihatnya maka jatuh hukum haram walaupun sesama jantina.

Bagaimana pula dengan isu jika tidur bersama jantina yang sama jenisnya. Sebagai contoh, lelaki tidur bersama lelaki sekatil. Ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel dalam satu pakaian atau selimut mahupun sekati bersama. Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan.

Jika berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka diharuskan. Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Said al-Khudri itu.

Sebenarnya Islam bukan disyariatkan untuk menyusahkan. Namun sebagai satu peraturan hidup yang memelihara maruah sesama insan. Ketelitian ulama membincangkan isu ini adalah satu jalan menutup jalan kearah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud :" Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan." (Surah al-Isra'. ayat 36)

Kerana daripada mata, turun kehati, walau tanpa disedari. Dan mata itu satu deria kurniaan Allah yang amat indah jika tepat cara penggunaannya. Namun ia juga akan mengkhianati diri kita jika digunakan dengan penuh kekotoran dalam hati.

Firman Allah yang bermaksud:" Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati." (Surah al-Ghafir, ayat 19)

Pintu syahwat itu amat kuat dugaannya untuk setiap manusia. Namun, manusia yang bertakwa akan bijak mengawal hati sehingga mata akur dengan imannya. Jadikan hati yang khusyuk dan tawaduk perisai kelopak mata. Bukan mata yang tajam menjadi senjata untuk menikam kelemahan hati.

Kutub Utara dan pemanasan global

Beruang kutub lenyap, manusia dalam bahaya! Itulah mesej yang jelas apabila ais laut yang menjadi habitat haiwan itu semakin mencair akibat pemanasan global. Pengecilan saiz kawasan ais itu mengehadkan kawasan pemburuan masyarakat Eskimo selain turut mengancam habitat semulajadi beruang beruang kutub, anjing laut dan hidupan hidupan lain yang mendiami Kutub Utara

Beruang Kutub merupakan sejenis haiwan karnivor yang hanya mendiami kawasan artik. Spesis haiwan ini unik kerana mampu berenang sehingga 100 kilometer tanpa henti dan bergantung kepada ais laut sebagai pelantar untuk memburu anjing laut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, 2/3 daripada populasi beruang kutub atau kira kira 16 000 ekor haiwan karnivor itu mungkin lenyap enjelang 2050 akibat fenomena pemanasan global.

Kajian saintis terhadap ais di Kutub Utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais disana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi. Ramalan ini mengingatkan kita bahawa ais akan hilang pada tahun 2070-2080.

Bagaimanapun, kajian dan data data terbaru saintis termasuk imej satelit mendapati hayat ais laut di Kutub Utara dijangka lenyap dalam tempoh 20-30 tahun sahaja akibat fenomena pemanasan global yang tidak terkawal.

Ramalan terbaru saintis ini di buat selepas mengambil kira faktor pencairan ais laut semakin drastik kebelakangan ini. Jika ramalan itu tepat, maka pada 2070-2080, Kutub Utara sama sekali akan kehilangan ais. Manusia boleh ke Kutub Utara tanpa halangan ais seperti sekarang. Laluan maritim kesana berjalan lancar.

Waktu itu segala galanya lenyap sama sekali. Tiada lagi haiwan seperti beruang kutub atau anjing laut menunggu kedatangan kita. Kutub Utara menjadi lautan terbuka. Malah, Kutub Utara mungkin menjadi destinasi terbaru untuk dikunjungi pelancong. Tapi manusia mesti ingat! Jika beruang kutub hilang ia petanda malapetaka besar bakal melanda manusia.

Mahatma Gandhi pernah berpesan:"Kita bukan mewarisi alam ini daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita, maka adalah satu dosa jika kita terus mengabaikan tanggungjawab ini semata mata demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah, jika alam semakin bosan dengan sikap manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangnya menunjukkan kemarahannya pula!"

15 sebab lelaki sentiasa happy

Tak perlu mengandung
Boleh kencing merata rata
Kerjanya sama, tapi gaji lebih
Kedut dan boroi lambang kejantanan
Orang tak pandang dada bila bercakap dengan mereka
Berbual di telefon 30 saat saja
Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari
Dipuji sebab berjaya keluarkan 1 idea ciput
Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada 3 helai)
Boleh pakai baju yang berkedut
Apa yang ada dimuka semuanya ori
Stail rambut sama sahaja selama bertahun tahun
Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak....
Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!!!
Misai berserabut? No problem,,,