Menurut hukum syarak, wuduk itu bererti membersihkan anggota badan yang ditetapkan untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air. Wuduk merupakan syarat sahnya solat. Oleh sebab itu, wuduk perlulah dilaksanakan dengan sempurna dan baik.
Perbuatan berwuduk atau mengambil wuduk adalah perkara fardhu yang meliputi enam perkara/perbuatan berikut:
1.Membaca niat sewaktu membasuh muka:
Lafaz niatnya seperti ini:
Maksudnya:
"Sahaja aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala"
2.Membasuh muka ( mulai daripada kawasan tumbuhnya rambut di kepala sehingga ke bawah dagu dan daripada telinga kanan ke telinga kiri)
3. Membasuh kedua tangan hingga ke paras siku
4.Menyapu air pada sebahagian kepala
5. Membasuh kedua belah kaki ( dimulakan kaki kanan kemudian kaki kiri, sekurang kurangnya daripada paras buku lali hingga tapak dan celah celah jari kaki)
6. Tertib/ berturut turut ( yang bermaksud mendahulukan yang dahulu dan mengakhirkan yang akhir iaitu memulakan dengan niat dan akhir sekali dengan membasuh kaki)
Syarat syarat wudhu'
1. Islam
2. Mumaiyiz ( orang yang dapat membezakan di antara perkara yang baik dengan yang buruk)
3. Tidak berhadas besar
4. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang air daripada sampai ke kulit pada anggota wudhu'
Perkara perkara sunat ketika berwuduk
1. Memulakan wudhu' dengan membaca 'Basmalah'
2. Membasuh atau mencuci kedua telapak tangan.
3. Berkumur kumur
4. Membersihkan lubang hidung/ memasukkan air ke dalam lubang hidung
5. Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri
6. Menyapu seluruh kepala
7. Mengusap kedua telinga daripada bahagian luar dan dalam
8. Membasuh semua anggota wudhu' sebanyak 3 kali
9. Menyela nyela antara jari tangan dan kaki
10. Mengakhiri wudhu' dengan ucapan kalimah syahadah
Perkara yang membatalkan wudhu'
1. Keluar sesuatu dari qubul ( anggota kemaluan/ bahagian hadapan) atau dubur
2. Hilang akal disebabkan oleh mabuk, gila atau tidur terlelap
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa sebarang pengalas/ pelapik seperti kain.
4. Menyentuh qubul atau dubur dengan telapak tangan tanpa alas pemisah, baik kemaluan sendiri mahupun kemaluan orang lain.
5. Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya.
Saturday, 5 November 2011
Tuesday, 2 August 2011
sejarah kesultanan melayu melaka
Parameswara, adalah putera dari Palembang, telah membuka Negeri Melaka. Beliau berketurunan raja raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya. Pada tahun 1377, Kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatra tunduk kepada kuasa Kerajaan Majapahit. Pada waktu itu, Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa Kerajaan Majapahit. Beliau mengisytiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan kepada Kerajaan Majapahit. Tentera tentera Majapahit menyerang Palembang dan Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Temasik berada di bawah kuasa Raja Siam dan raja yang memerintah Temasik adalah Raja Temagi. Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan mengambil alih pemerintahan Temasik selama 5 tahun. Kematian Raja Temagi telah menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam. Siam mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Parameswara telah melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun. Parameswara berpindah ke sungai Bertam, Melaka setelah mendapati muar tidak sesuai untuk membina petempatan yang baru.
Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu diambil daripada nama sejenis pokok. Parameswara dan pengikut pengikutnya sedang berehat dibawah sebatang pokok selepas berburu. Beliau melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara menganggap peristiwa itu merupakan sesuatu yang ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru. Baginda menamakan tempat itu sebagai Melaka bersempena dengan nama pokok tempat baginda bersandar dan berehat. Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah. Beliau melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan system pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Bermula dengan peristiwa tersebut, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dan pusat persinggahan pedagang pedagang China, India dan Arab. Di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu Melaka dan keagungan Empayar Melaka.
sejarah tanah melayu
Asal usul Semenanjung Tanah Melayu mungkin dapat di kesan menerusi zaman prasejarah iaitu pada Zaman Air Batu. Pada zaman tersebut, cuaca dunia terlalu sejuk sehingga menyebabkan air sungai dan air laut menjadi surut. Keadaan dan suasana ini menjadikan Gugusan Kepulauan Melayu satu wilayah daratan yang amat luas. Setelah tamatnya Zaman Air Batu,aras laut meningkat dan menenggelamkan kawasan kawasan yang rendah.
Terdapat empat zaman penting yang telah dilalui oleh Gugusan Kepulauan Melayu. Zaman zaman itu adalah:-
i-Zaman Batu Awal
Zaman Batu Awal dikenali juga sebagai Zaman Paleolitik. Zaman ini wujud kira kira 35 000 tahun purbakala dan penempatan zaman ini tertumpu di Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Burma, Filipina dan Pulau Jawa.
Kediaman utama penduduk penduduk Zaman Paleolitik ini ialah di dalam gua gua batu kapur. Mereka memilih untuk tinggal di dalam gua batu kapur ini kerana keselamatan mereka terjamin daripada sebarang ancaman ancaman musuh iaitu binatang buas dan cuaca buruk.
Bukti buti sejarah menunjukkan bahawa orang orang Zaman Paleolitik ini mendiami kawasan batu kapur yang berdekatan dengan sungai sungai atau tasik. Ini memberi kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan sumber bekalan air minuman dan makanan.
Penduduk Zaman Paleolitik ini telah menghasilkan alat alat daripada batu untuk kegunaan memburu, bertukang dan senjata bagi mempertahankan diri.
Ciri cirri kehidupan yang di amalkan oleh orang orang di Zaman Paleolitik ini ialah sara diri. Bukti bukti penempatan orang orang Paleolitik telah ditemui di Gua Badak dan Kota Tampan, Perak, Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah.
ii-Zaman Batu Tengah
Zaman ini dikenali sebagai Zaman Mesolitik. Ia wujud kira kira 11 000 tahun purbakala. Pada zaman ini banyak kawasan darat ditenggelami air laut. Keadaan ini telah mewujudkan Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu.
Penduduk penduduk pada Zaman Mesolitik membina kediaman mereka di pinggir pinggir laut, walaupun sebahagian besar masih mendiami gua batu kapur. Kegiatan utama orang orang Mesolitik adalah memburu dan menangkap ikan. Orang orang Mesolitik telah memperkenalkan kegiatan bercucuk tanam dengan menggunakan alat alat batu yang lebih baik buatannya berbanding dengan orang orang Paleolitik.Peralatan yang dihasilkan oleh mereka mempunyai ciri yang sama dengan alat alat yang terdapat di Hoabinh, Vietnam. Mereka mencipta alat tembikar dari tanah liat bagi kegunaan harian.
Selain dari kegiatan pertanian, orang orang Mesolitik juga menjalankan kegiatan menukar hasil dengan penduduk di petempatan pedalaman. Bahan bahan yang menjadi pertukaran itu adalah hasil laut dengan hasil hutan, barang barang tembikar buatan penduduk pesisiran pantai dengan barang barang buatan penduduk di pedalaman. Kegiatan pertukaran hasil ini dibuktikan dengan penemuan kulit kulit siput di dalam gua gua batu kapur yang telah didiami oleh Orang Mesolitik.
Petempatan Mesolitik yang terdapat di Malaysia, termasuklah di Gua Cha di Kelantan, Gua Kecil di Pahang, Gua Gomantong di Sabah, Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Jenderam Hilir di Selangor. Orang Asli Negrito dan Senoi adalah warisan penduduk Zaman Mesolitik.
iii-Zaman Batu Baru
Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Neolitik. Ia wujud kira kira 5 000 tahun yang silam. Orang orang pada zaman itu membina penempatan di kawasan pesisiran pantai. Namun begitu, masih terdapat mereka yang masih tinggal di dalam gua batu. Penempatan mereka yang utama adalah di Gua Cha, Kelantan, Gua Kecil, Pahang, Gua Kepah, Kedah, Jenderam Hilir, Selangor, Gua Madai, Gua Gomantong dan Gua Tengkorak di Sabah serta Gua Niah di Sarawak.
Kegiatan penduduk Zaman Neolitik tertumpu kepada kegiatan memburu, menangkap ikan dan bercucuk tanam. Satu kegiatan baru yang diperkenalkan pada zaman Neolitik adalah perdagangan. Orang orang Neolitik melaksanankan kegiatan ini dengan penduduk di petempatan lain. Penemuan bilah bilah dayung orang Neolitik di Jenderam Hilir membuktikan bahawa penempatan ini menjadi pusat perdagangan yang utama.
Selain dari Jenderam Hilir, Guar Kepah di Kedah juga adalah pusat perdagangan yang terkenal pada zaman itu.
Hasil hasil perdagangan orang Neolitik adalah hasil laut seperti ikan, siput dan kerang. Hasil hasil hutan pula adalah seperti dammar, rotan, cendana, kayu gaharu dan gading. Orang orang Neolitik menggunakan perahu yang dicipta sendiri untuk menangkap ikan dan berdagang di tempat tempat lain.
Kehidupan orang orang Neolitik adalah lebih maju berbanding dengan orang Mesolitik. Kehidupan mereka lebih teratur dan tersusun. Mereka juga memiliki kepercayaan dalam hal ehwal berkaitan dengan kelahiran dan kematian.
Ciri ciri pembaharuan yang diperkenalkan orang Neolitik adalah seperti:-
1-Mereka mencipta alat alat baru seperti kapak, pisau dan beliung.
2-Membina perahu bagi kegiatan menangkap ikan dan berdagang.
3-Mencipta barang barang perhiasan seperti gelang tangan.
4-Menggunakan batu kawi untuk menghias diri dan mengecat tembikar.
iv-Zaman Logam
Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Gangsa-Besi. Ia wujud kira kira 2 500 tahun yang silam di Tanah Melayu. Kemunculan zaman ini menandakan berakhirnya Zaman Batu. Zaman Logam merupakan zaman kemajuan bagi penduduk penduduknya. Mereka tidak tinggal di dalam gua batu lagi. Mereka membina penempatan di kawasan lapang, di tepi sungai dan pesisiran pantai.
Penempatan yang penting pada zaman logam ini adalah Sungai Lang di Selangor dan Batu Buruk di Terengganu. Penemuan dua jenis alat yang diperbuat daripada gangsa iaitu gendang dan loceng di kedua dua penempatan ini membuktikan bahawa ia pernah menjadi pusat bagi dagangan luar. Di samping itu, ia juga menjadi tempat kediaman orang orang kaya.
Penempatan penempatan lain yang wujud pada Zaman Logam ialah di tebing Sungai Tembeling,Pahang, tebing Sungai Terengganu, Terengganu, tebing Sungai Langat, Selangor dan tebing Sungai Muar, Johor. Kegiatan utama orang orang Zaman Logam ialah memburu, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan, berternak, melombong dan berdagang. Ciri cirri kemajuan orang orang Zaman Logam dibuktikan menerusi penciptaan alat alat besi yang digunakan untuk menggali, menebas dan menebang pokok. Penemuan alat besi yang dinamakan tulang mawas membuktikan bahawa kegiatan mengorek tanah dan melombong telah dijalankan di Raub, Pahang.
Kehidupan penduduk di Zaman Logam adalah lebih tersusun berbanding dengan penduduk penduduk sebelumnya. Mereka berpegang kepada adat dan kepercayaan tertentu seperti adat menanam mayat dalam kubur kepingan. Kubur batu kepingan ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak, manakala keranda kayu yang berbentu perahu bagi menyimpan mayat telah ditemui di Sungai Lang, Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)
