Tuesday 28 June 2011

Biro kredit

Apabila anda memohon pinjaman daripada sesebuah institusi kewangan,institusi tersebut akan melaksanakan penilaian kredit ke atas anda. Ini mungkin merangkumi semakan latar belakang yang di lakukan daripada pelbagai sumber. Satu daripada sumber maklumat ini ialah Biro Kredit yang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit anda.

Biro Kredit di Malaysia telah di tubuhkan di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini di uruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi sejak 1982. Biro kredit mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam daripada institusi-institusi kewangan dan kemudiannya menawarkan maklumat kredit yang di kutip ini balik kepada institusi-institusi kewangan. Biro kredit adalah dilarang mengutip maklumat para pendeposit.

Maklumat yang terkangdung di Biro Kredit boleh membantu institusi-institusi kewangan untuk membuat keputusan pemberian pinajam berasaskan maklumat lengkap dalam masa yang lebih tepat dan cepat.

JENIS MAKLUMAT YANG BOLEH DI SIMPAN OLEH BIRO KREDIT TENTANG DIRI ANDA

Biro Kredit menyimpan maklumat yang bersifat fakta mengenai para peminjam yang sebahagian besarnya di perolehi daripada institusi kewangan sedia ada.

Seandainya anda menyimpan wang daripada institusi kewangan atau memegang kad kredit yang di keluarkan oleh institusi kewangan, maklumat mengenai diri anda dan pinjaman anda seperti berikut akan di simpan oleh Biro Kredit:
-Butir butir peribadi seperti nama, nombor dan alamat.
-Butir butir terpeinci tentang akaun kredit anda seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang undang (jika ada).

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT (CCRIS)

Maklumat kredit yang di kumpulkan oleh Biro Kredit semuanya di simpan dalam satu sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai CCRIS. CCRIS memproses dan menyusun semula maklumat kredit dalam bentuk laporan kredit yang tersedia untuk di bekalkan kepada anda atau institusi institusi kewangan lain jika di minta.

JENIS JENIS LAPORAN KREDIT

Ringkasan Laporan Kredit-
Maklumat mengenai jumlah pendedahan kredit seseorang peminjam.

Laporan Kredit Terpeinci-
Maklumat mengenai kedudukan belum jelas sesuatu kemudahan kredit dan permohonan kredit baru seseorang peminjam

Laporan Kenderaan Bermotor-
Maklumat kenderaan bermotor yang di gunakan sebagai cagaran untuk kemudahan kredit

Laporan Maklumat Tambahan Pelanggan-
Maklumat mengenai alamat,nombor telefon, nama majikan dan pekerjaan seseorang pelanggan untuk tempoh 3 tahun lepas.

Maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit secara keseluruhan bersifat fakta dan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada institusi institusi kewangan.

Biro kredit tidak akan memberi pendapat tentang maklumat yang tekandung di dalam laporan kredit.

PERIHAL KERAHSIAAN MAKLUMAT

Biro Kredit memandang serius aspek kerahsiaan maklumat peminjam. Untuk menjamin kerahsiaan ini, undang undang telah menetapkan siapa yang boleh mengakses maklumat sedemikian yang memperuntukkan hukuman yang berat sekiranya berlaku pelanggaran.

Biro kredit hanya boleh membekalkan laporan kredit anda kepada institusi kewangan di mana permohonan pinjaman anda kepada institusi dibuat atau di mana anda sudah mendapat pinjaman. Maklumat ini hanya boleh digunakan bagi tujuan penilaian permohonan kredit atau menyemak semula status kredit anda. Maklumat kredit yang diperuntukkan oleh Biro Kredit kepada institusi kewangan adalah di kelaskan sebagai sulit dan dengan itu, institusi kewangan adalah dikehendaki mematuhi peruntukan kerahsiaan perbankan di bawah Akta Bank dan institusi kewangan 1989 dan Akta Perbankan Islam 1983. Undang undang ini melarang institusi kewangan daripada mendedahkan hal ehwal kewangan pelanggan mereka kecuali dalam keadaan yang di benarkan oleh undang undang, seperti sepanjang prosiding mahkamah di antara pelanggan dan institusi kewangan ataupun apabila pendedahan telah dibenarkan di bawah undang undang Persekutuan kepada  pihak polis.

MENDAPATKAN LAPORAN KREDIT

Undang undang memang membenarkan Biro Kredit membekalkan laporan kredit tentang diri anda kepada anda. Sekiranya anda memerlukan sesalinan laporan kredit tentang diri anda, sila ikuti langkah langkah di bawah-

1-Dapatkan Borang Permohonan Laporan Kredit(CRR):
            Borang ini boleh dipindah cetak daripada lamanweb Biro Kredit di alamat creditbureau.bnm.gov.my atau di ambil terus dari Biro Kredit dengan datang sendiri atau secara pos

2-Serahkan borang CRR yang telah siap diisi kepada Biro Kredit:
           Borang ini boleh dihantar melalui pos, faksimili ataupun serahan tangan.
           Borang ini mesti dihantar bersama sama dengan 1 salinan kad pengenalan anda atau passport( sekiranya anda bukan rakyat Malaysia) dan 2 dokumen lain seperti lesen memandu, bil utiliti dan sebagainya untuk tujuan pengenalan diri.

Apabila borang CRR anda telah diterima, Biro Kredit akan mendapatkan laporan kredit tersebut daripada CCRIS dan menyerahkan kepada anda sama ada melalui cawangan Bank Negara Malaysia ataupun cawangan institusi kewangan. Proses ini biasanya mengambil masa 1 bulan daripada tarikh permohonan anda untuk mendapatkan sesalinan laporan kredit anda. Anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil laporan kredit anda. Anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil laporan kredit anda di pejabat Biro Kredit.

MENGESAHKAN MAKLUMAT PADA LAPORAN KREDIT

Sekiranya anda telah memperolehi sesalinan laporan kredit sendiri dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat di dalam laporan kredit itu adalah kurang tepat, anda boleh mendapatkan penjelasan daripada Biro Kredit dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Data(RDR).

Biro Kredit akan menyiasat dan memaklumkan institusi kewangan yang telah memberi maklumat yang dipertikaikan itu bersama sama dengan maklumat yang telah dikemukakan oleh anda. Sekiranya institusi kewangan mendapati maklumat yang dipertikaikan tersebut adalah tidak lengkap, ia hendaklah membuat pembetulan dengan serta merta dengan Biro Kredit. Proses penyiasatan dan pembetulan ini akan mengambil masa kira kira sebulan. Jika perlu, Biro Kredit akan memaklumkan institusi kewangan yang pernah mengakses laporan kewangan anda dalam tempoh 3 bulan terdahulu mengenai perubahan yang nyata atau di anggap penting di dalam laporan laporan kredit anda. Hasil siasatan tersebut akan juga dimaklumkan kepada anda

No comments:

Post a Comment