Thursday 30 June 2011

Kutub Utara dan pemanasan global

Beruang kutub lenyap, manusia dalam bahaya! Itulah mesej yang jelas apabila ais laut yang menjadi habitat haiwan itu semakin mencair akibat pemanasan global. Pengecilan saiz kawasan ais itu mengehadkan kawasan pemburuan masyarakat Eskimo selain turut mengancam habitat semulajadi beruang beruang kutub, anjing laut dan hidupan hidupan lain yang mendiami Kutub Utara

Beruang Kutub merupakan sejenis haiwan karnivor yang hanya mendiami kawasan artik. Spesis haiwan ini unik kerana mampu berenang sehingga 100 kilometer tanpa henti dan bergantung kepada ais laut sebagai pelantar untuk memburu anjing laut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, 2/3 daripada populasi beruang kutub atau kira kira 16 000 ekor haiwan karnivor itu mungkin lenyap enjelang 2050 akibat fenomena pemanasan global.

Kajian saintis terhadap ais di Kutub Utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais disana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi. Ramalan ini mengingatkan kita bahawa ais akan hilang pada tahun 2070-2080.

Bagaimanapun, kajian dan data data terbaru saintis termasuk imej satelit mendapati hayat ais laut di Kutub Utara dijangka lenyap dalam tempoh 20-30 tahun sahaja akibat fenomena pemanasan global yang tidak terkawal.

Ramalan terbaru saintis ini di buat selepas mengambil kira faktor pencairan ais laut semakin drastik kebelakangan ini. Jika ramalan itu tepat, maka pada 2070-2080, Kutub Utara sama sekali akan kehilangan ais. Manusia boleh ke Kutub Utara tanpa halangan ais seperti sekarang. Laluan maritim kesana berjalan lancar.

Waktu itu segala galanya lenyap sama sekali. Tiada lagi haiwan seperti beruang kutub atau anjing laut menunggu kedatangan kita. Kutub Utara menjadi lautan terbuka. Malah, Kutub Utara mungkin menjadi destinasi terbaru untuk dikunjungi pelancong. Tapi manusia mesti ingat! Jika beruang kutub hilang ia petanda malapetaka besar bakal melanda manusia.

Mahatma Gandhi pernah berpesan:"Kita bukan mewarisi alam ini daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita, maka adalah satu dosa jika kita terus mengabaikan tanggungjawab ini semata mata demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah, jika alam semakin bosan dengan sikap manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangnya menunjukkan kemarahannya pula!"

No comments:

Post a Comment