Tuesday 2 August 2011

sejarah tanah melayu

Bukti bukti telah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah didiami sejak beribu ribu tahun yang silam. Penggalian penggalian (eskavasi) yang dilakukan di Semenanjung Malaysia telah menghasilkan penemuan penemuan yang menunjukkan wajudnya tamadun Zaman Batu di antara tahun tahun 8000 dan 2 500 sebelum masihi. Manakala tamadun Zaman Gangsa pula wujud antara abad ke 5 S.M hingga ke abad ke 2 tahun masihi.
Pada abad abad awal Tahun Masihi, terdapat perhubungan diantara penduduk penduduk Tanah Melayu dan benua kecil India. Hasil dari perhubungan ini, wujud beberapa buah kerajaan India di Tanah Melayu dan di pulau pulau besar yang kini menjadi sebahagian dari wilayah Indonesia. Tamadun India telah memperkenalkan agama Hindu dan Buddha di Kepulauan Melayu, dan Kerajaan Langkasuka di utara Tanah Melayu merupakan pengaruh Buddha yang kuat pada masa itu. Kesan kesan tinggalan zaman keagungan empayar ini telah ditemui di Lembah Bujang, Kedah dan di beberapa buah tempat di negeri itu dan juga di Perak.
Dari abad ke-7, sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah pengaruh budaya Hindu-Budhha iaitu kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini berpusat di Palembang, Sumatra. Kurun ke-12 merupakan zaman kegemilangan Kerajaan Srivijaya- ia menguasai keseluruhan Pulau Sumatra, Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian Pulah Jawa dan beberapa buah pulau di dalam gugu Kepulauan Melayu.
Pada abad ke-13, wujud pula kerajaan Majapahit yang menggantikan Empayar Srivijaya. Kerajaan Majapahit berpusat di Pulau Jawa dan mengembangkan kuasanya ke atas wilayah yang lebih luas lagi, termasuk Borneo. Srivijaya dan Majapahit mempunyai cirri cirri persamaan yang banyak, termasuk ikatan kekeluargaan antara raja rajanya, serta satu bentuk pengaruh Hindu-Buddha yang terserap ke dalam adab dan budaya kuno penduduk penduduk Asia Tenggara dengan sedikit perbezaan antara satu wilayah dengan wilayah wilayah yang lain.
Pada zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit, Asia Tenggara telah meningkatkan kekuatan ekonominya melalui sistem perdagangan. Kegiatan perdagangan denagn India, Indo-China dan China dilakukan dengan aktif dan meluas sekali.Kegemilangan Empayar Majapahit ini telah meninggalkan kesan dan pengaruh yang amat besar kepada ketamadunan Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun tertakluk di bawah kuasa Hindu-Buddha, namun negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu masih dapat menikmati kebebasan.
Pada abad ke-14, sebuah lagi kerajaan besar wujud menyaingi Kerajaan Majapahit, iaitu Kerajaan Sukhotai di Siam.Kemungkinan Semenanjung Tanah Melayu telah ditakdirkan untuk tunduk di bawah salah satu kuasa besar ini. Namun itu, kedatangan Hindu-Buddha berakhir dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Di sebalik pengaruh kuasa kuasa ini, Semenanjung Tanah Melayu muncul sebagai satu lokasi yang strategik dan berkuasa di Asia Tenggara – di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu Melaka, keagungan Empayar Melayu dan seterusnya membawa kepada lahirnya Negara Malaysia yang menjadi tumpuan dunia pada hari ini.

No comments:

Post a Comment