Saturday 26 November 2011

kehidupan dengan cara sederhana

Apa yang naik dan tak jatuh jatuh?? teka teki yang sangat biasa pada semua lapisan masyarakat...
Harga barangan dan perkhidmatan. Hakikatnya pada akhir akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang harga makanan dan minyak di seuruh dunia. Dengan harga yang semakin meningkat tanpa sebarang peningkatan dalam pendapatan hidup seharian, penting untuk kita sama sama mencari jalan bagi menjalani kehidupan secara berhemah dan berbelanja dengan cermat



Cermat??? Apakah yang di maksudkan dengan cermat?

Mungkin anda tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian, tetapi kali ini anda akan lebih kerap melihat dan mendengarnya. Jika anda bertanya dengan nenek moyang anda, pasti hidup mereka sangat berkait rapat dengan perkataan tersebut.

Pada masa kini, pendapatan ramai orang lebih banyak daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak tetapi mengapa pendapatan mereka masih tidak cukup bagi menampung kehidupan sendiri, jauh sekali untuk mengamalkan sikap menabung. Jika pada zaman dahulu anda boleh membeli semangkuk mi dengan harga 5 sen,  tetapi pada masa kini peminta sedekah sekalipun merungut jika hanya diberikan 5 sen kepada mereka.

Cermat berbelanja atau berjimat bermaksud mengurus kewangan untuk menyimpan. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan masa, duit dan tenaga, dan apa yang mahu di tegaskan disini adalah sikap cermat bukan bermaksud anda perlu menjadi seorang yang kedekut.

Bagaimana untuk berjimat???

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit. Di sini ada beberapa cadangan yang mungkin boleh membantu anda menjadi seorang yang cermat berbelanja

1-Kurangkan perbelanjaan harian

Sebelum membeli sesuatu, tanya diri sendiri:-
-Adakah saya betul betul perlukan barang ini??
-Bolehkah saya mendapatkan barang tersebut di tempat lain dengan harga yang lebih murah??
-Bolehkah saya mendapatkannya secara percuma??

2-Batalkan sesuatu yang menelan belanja yang lebih besar dari bajet anda

Tidak menggunakan kereta dan anda dapat berjimat dari segi duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insurans kereta dan tol atau cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti yang lebih rendah.

3-Kurangkan penggunaan elektrik.

Tutup semua lampu apabila tidak di gunakan dan tukarkan kepada lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar( tanpa perlu menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.

4-Kurangkan sampah, guna semula atau kitar semula

Gunakan kertas di kedua dua belah mukasurat, atau buat catatan tanpa kertas, dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang. Jika boleh, jadikan sampah anda sebagai baja untuk menanam sayur dan sebagainya, usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit.

5-Jadikan barang bertahan lebih lama

Perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

6-Cari kegunaan baru untuk barang yang lama

Cat perabot lama, buat kulit daripada pakaian lama dan jadikan meja besar lama sebagai meja tulis. Dengan erti kata lain, kitar semula dan kitar semula.

7-Cari barang pengganti yang lebih murah

Beli jenama umum, membeli semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli. Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam.

8-Cari hiburan yang percuma atau murah


9-Berkongsi dalam pembelian yang murah

Perkongsian boleh membantu anda mendapatkan sesuatu pada kos yang rendah. Sebagai contoh anda boleh berkongsi dengan jiran sebelah membeli  sebuah tangga, alat gerudi elektrik dan mungkin pembersih hampagas(vacuum). Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda. Berkongsi kereta untuk pergi dan balik juga merupakan satu contoh yang baik untuk berjimat.

10-Bertukar barangan atau perkhidmatan

Anda boleh mengamalkan bertukar barang dan perkhidmatan dengan jiran anda. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua dapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat menjimatkan duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian fikirkan kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu anda mungkin memulakan 1 lagi 'eBay'!

Bagaimana untuk berjimat dalam hiburan??

Ia adalah satu bahagian yang banyak anda berbelanja tanpa menyedarinya. Walaubagaimanapun anda masih boleh mendapatkannya secara percuma atau hampir percuma. Disebabkan anda cuba berjimat, tidak bermakna anda tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan anda, luangkan masa untuk relaks kerana ia penting dan baik untuk kesihatan anda. Tanpa keseronokan sukar untuk hidup sihat. Disini terdapat beberapa cadangan:-

-Pinjam buku atau hadiri seminar percuma yang dianjurkan
-Sewa video daripada pergi ke panggung wayang
-Melawat zoo, muzium atau taman tema dan menikmati udara segar
-Cari di dalam akhbar atau melalui pusat/laman web palancongan tentang konsert, program kanak kanak dan aktiviti keluarga yang percuma
-Ambil kelas yang murah dalam pendidikan komuniti, belajar kemahiran baru atau hidupkan minat lama. Malah anda boleh tukarkan hobi kepada bisnes.
-Hadiri sesi percuma bacaan buku orang dewasa dan kanak kanak di kedai buku tempatan atau perpustakaan
-Berjalan, mengembara dengan berjalan kaki atau berbasikal atau meneroka sesuatu yang baru atau melawat tempat kegemaran
-Lihat matahari terbit dan terbenam, cari gugusan bintang pada langit atau mungkin, mulakan satu projek bersama keluarga, seperti menanam pokok buah buahan(disamping dapat berjimat secara tidak lansung)

Jika anda rajin mencari di internet, mengenai 'gaya hidup cermat' anda akan kagum dengan apa yang anda jumpai. Terdapat sangat banyak cara untuk menikmati hiburan yang baik dengan kos yang rendah. Satu lagi aktiviti yang menarik yang perlu anda cuba adalah memerhati orang!!!, duduk di taman atau pusat membeli belah dan anda perlu cuma perhati apa yang orang lakukan, cara mereka berjalan, bercakap, ketawa dan bagaimana sesetengah ibu bapa mengawal dan berkomunikasi dengan anak anak mereka. Banyak perkara yang dapat dipelajari dengan hanya memerhatikan orang lain dan bagusnya, ia adalah percuma.

Kesimpulannya, hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna anda hidup serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda mempunyai impian untuk mendapatkan kebebasan kewangan satu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemat sebagai cara hidup

No comments:

Post a Comment