Tuesday 8 November 2011

tanda tanda kegagalan cerun

1.Bonjolan pada kaki cerun atau tembok penahan
-Bonjolan menandakan tekanan air yang berterusan pada tembok penahan. Cerun ini perlu di rawat supaya air boleh mengalir keluar ke longkang melalui lubang leleh

2.Air kelihatan pada permukaan tanah di lokasi baru
-Ini dinamakan takungan yang menunjukkan air pada/ di kaki cerun tidak mengalir ke saluran yang betul sebaliknya bertakung di kawasan yang tidak diingini.

3.Pagar, tembok penahan, tiang atau pokok yang condong atau semakin condong
-Pagar, pokok atau struktur lain yang condong menunjukkan terdapat pergerakan tanah. Kegagalan cerun ini di kenali sebagai 'creep' kerana pergerakannya yang perlahan.

4.Rekahan kelihatan di permukaan cerun
-Selalunya terjadi oleh pergerakan yang perlahan. Ia adalah rekahan yang melintang di atas cerun di mana lapisan tanah dan batu terpisah dari cerun tersebut. Ia dikenali sebagai 'tension crack'.

5.Paip air bocor
-Air adalah punca utama kegagalan cerun. Sebarang masalah paip air yang rosak atau pecah sewajarnya dilaporkan segera

6.Rekahan kelihatan di permukaan atau tapak rumah, bangunan atau struktur lain
-Rekahan yang disebabkan oleh pergerakan tanah pada persekitaran rumah anda seharusnya di perikasa. Perhatikan juga tanda tanda lain kerana kadang kala rekahan juga boleh disebabkan oleh pergerakan cerun

7.Pintu atau tingkap yang tersekat
-Pergerakan tanah di bawah rumah boleh menyebabkan rangka pintu bergerak dari kedudukan asal. Periksa pintu atau tingkap yang berhadapan dengan cerun

8.Pergerakan tanah dan runtuhan kecil
-Menandakan keadaan cerun yang tidak stabil yang mungkin boleh membawa kegagalan yang lebih besar

9.Jalan runtuh, berlumpur, batuan jatuh dan tanda tanda lain boleh dilihat ketika memandu
-Jalan tambak juga mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh

10.Struktur seperti manholes atau longkang di cerun bergerak dari kedudukan asal
-Tanda ini di sebabkan oleh pergerakan tanah yang perlahan

No comments:

Post a Comment