Saturday 5 November 2011

wuduk: Kaifiat dan peraturan

Menurut hukum syarak, wuduk itu bererti membersihkan anggota badan yang ditetapkan untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air. Wuduk merupakan syarat sahnya solat. Oleh sebab itu, wuduk perlulah dilaksanakan dengan sempurna dan baik.

Perbuatan berwuduk atau mengambil wuduk adalah perkara fardhu yang meliputi enam perkara/perbuatan berikut:

1.Membaca niat sewaktu membasuh muka:
   Lafaz niatnya seperti ini:


Maksudnya:
"Sahaja aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala"

2.Membasuh muka ( mulai daripada kawasan tumbuhnya rambut di kepala sehingga ke bawah dagu dan daripada telinga kanan ke telinga kiri)

3. Membasuh kedua tangan hingga ke paras siku

4.Menyapu air pada sebahagian kepala

5. Membasuh kedua belah kaki ( dimulakan kaki kanan kemudian kaki kiri, sekurang kurangnya daripada paras buku lali hingga tapak dan celah celah jari kaki)

6. Tertib/ berturut turut ( yang bermaksud mendahulukan yang dahulu dan mengakhirkan yang akhir iaitu memulakan dengan niat dan akhir sekali dengan membasuh kaki)

Syarat syarat wudhu'

1. Islam
2. Mumaiyiz ( orang yang dapat membezakan di antara perkara yang baik dengan yang buruk)
3. Tidak berhadas besar
4. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang air daripada sampai ke kulit pada anggota wudhu'

Perkara perkara sunat ketika berwuduk

1. Memulakan wudhu' dengan membaca 'Basmalah'
2. Membasuh atau mencuci kedua telapak tangan.
3. Berkumur kumur
4. Membersihkan lubang hidung/ memasukkan air ke dalam lubang hidung
5. Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri
6. Menyapu seluruh kepala
7. Mengusap kedua telinga daripada bahagian luar dan dalam
8. Membasuh semua anggota wudhu' sebanyak 3 kali
9. Menyela nyela antara jari tangan dan kaki
10. Mengakhiri wudhu' dengan ucapan kalimah syahadah

Perkara yang membatalkan wudhu'

1. Keluar sesuatu dari qubul ( anggota kemaluan/ bahagian hadapan) atau dubur
2. Hilang akal disebabkan oleh mabuk, gila atau tidur terlelap
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa sebarang pengalas/ pelapik seperti kain.
4. Menyentuh qubul atau dubur dengan telapak tangan tanpa alas pemisah, baik kemaluan sendiri mahupun kemaluan orang lain.
5. Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya.

No comments:

Post a Comment