Monday 7 November 2011

Rahsia tahi lalat

Tahi lalat di kepala
-Orang yang bijak dan kreatif, selain banyak dugaan dan ujian di terima bagi mencapai maksud dan cita cita

Tahi lalat di ubun kepala
-Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang membabitkan emosi

Tahi lalat di dahi
-Mendapat halangan dalam silaturrahim di mana sesorang menyimpan rasa cemburu disebabkan kelebihan seseorang itu

Tahi lalat di bulu kening kiri
-Seseorang itu berseri di mata pasangannya, namun terselit kesusahan

Tahi lalat di bulu kening kanan
-Terkabul cita cita yang membawa maksud cerdas dan cekap

Tahi lalat di bawah mata
-Seseorang yang amat sensitif dan amat mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, di sayangi.

Tahi lalat di hidung
-Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selesema berpanjangan, sakit kepala dan nafas berbau. Disukai ramai dan murah rezeki.

Tahi lalat di pipi kiri atau kanan.
-Sekiranya membesar, dikhuatiri boleh mendapat penyakit yang memudaratkan tubuh. "Panas" dalam hubungan dan pergaulan. Sentiasa mahu menang dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi.

Tahi lalat di alur senyuman
-Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangan. Rezekinya di permudah dalam banyak perkara yang di hajati diperoleh.

Tahi lalat di alur dagu
-Perjalanan jasmani dan rohaninya sering teganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajati.

Tahi lalat di telinga
-Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima

Tahi lalat di tengkuk
-Mudah mendapat gangguan "angin jahat", banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidur nyenyak dan mudah tertekan

Tahi lalat di leher
-Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembung perut dan masalah lendir, kahak.

Tahi lalat di bahu kiri
-Sukar memperoleh rezeki sedangkan peluang diperoleh banyak. Tidak di sukai dan mempunyai ramai musuh serta mudah tertekan.

Tahi lalat di bahu kanan.
-Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan silaturrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Sering dicemburui.

Tahi lalat di dada
-Mudah mempercayai orang dan mudah di tipu daripada orang orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.

Tahi lalat di belakang badan
-Kesihatannya terganggu terutamanya urat saraf, sakit di belikat, pinggang dan pinggul. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram.

Tahi lalat di bawah payudara
-Akan menjadi perhatian ramai sekiranya mempunyai 2 tahi lalat di bawah payudara iaitu di kiri dan kanan

Tahi lalat di atas pusat
- Tidak membawa apa apa maksud tertentu

Tahi lalat di bawah perut
-Sering mendapat masalah kesihatan, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani dan tekanan.

Tahi lalat di peha kiri atau kanan
-Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh dan rezeki.

Tahi lalat di kemaluan wanita
-Jika jenisnya tahi lalat 'jantan' terletak di kemaluan wanita menjadikan seks wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan. Isteri sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin. Mudah mengalami masalah keputihan dan radang kemaluan. Sekiranya tahi lalat 'betina' menjadikan seseorang wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan.

Tahi lalat di kemaluan lelaki
-Jika jenisnya tahi lalat 'betina' yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan seks lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin. Ditakuti lelaki lebih tertarik dengan kaum sejenisnya atau mendatangkan mandul. Sekiranya jenis tahi lalat 'jantan' pula menjadikan seseorang lelaki itu kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama

Tahi lalat di betis
-Maksudnya baik, lagi jauh ia merantau, lagi di permudah dan diperbanyak rezekinya.

Tahi lalat di kaki
-Menandakan seseorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan,

Tahi lalat di tangan kiri
-Dipermudah rezekinya

Tahi lalat di tangan kanan.
-Seorang yang pemurah juga boros dalam berbelanja

Tahi lalat di pinggang
-Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembung perut

Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
-Mudah terkena sihir, orang dengki terhadapnya, sering mendapat musibah

Tahi lalat atas bibir, di bibir
-Seorang yang banyak cakap

No comments:

Post a Comment